Nampak macam sama tapi bukan.
Razer telah memfailkan paten peranti pad alat kawalan permainan bagi digunakan bersama peranti mudah alih. Bagi peminat permainan video jika sekali pandang mereka pasti akan mengatakan ia seakan menyerupai rekaan peranti Nintendo Switch.
Paten yang bertajuk "GAMING CONTROLLER FOR MOBILE DEVICE AND METHOD OF OPERATING A GAMING CONTROLLER" direka dengan ciri yang membolehkan ia digabungkan bersama peranti mudah alih yang lebih besar seperti tablet atau telefon pintar.
Sebelum ini dalam tahun 2013 Razer pernah melancarkan peranti kawalan permainan Razer Edge Pro untuk tablet yang dilengkapi dengan kerangka serta alat kawalan di bahagian kiri dan kanan.
Buat masa ini belum ada imej lengkap yang menunjukkan rekaan akhir bagi paten alat kawalan terbaru dari Razser ini serta belum sebarang pengumuman rasmi bilakah ia akan dilancarkan.
Sumber: Tech Radar
Berkaitan
- Razer Melancarkan Aksesori Kustomasi Warna Untuk Papan Kekunci
- Razer Melancarkan Mikrofon 'Razer Seiren Emote'
- Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android
- Razer Dalam Usaha Menghasilkan Pelindung Muka Bagi Melawan Covid-19
- Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video
- Razer Blade Studio Edition Kini Mula Ditawarkan. Komputer Riba Khusus Untuk Pembikin Filem
- Razer Melancarkan Tetikus Khusus Untuk Pengguna Kidal
- Razer Menghasilkan Aksesori Bertemakan Karektor Anime Pikachu
- Pemilik Akaun Nintendo Digodam. Lebih 160 Ribu Pengguna Terjejas
- Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia - Razer Blade Stealth 13