Razer Mengumumkan eGPU Terbaru Razer Core X Chroma

Tambahkan kuasa grafik komputer riba anda dengan eGPU Razer Core X Chroma.


Razer hari ini mengumumkan produk eGPU terbaru mereka iaitu Core X Chroma.

eGPU terbaru ini dilengkapi dengan bekalan kuasa 700W, 4x sambungan USB 3.1, 1x sambungan Gigabit Ethernet, 1x sambungan USB-C/Thunderbolt 3 serta hiasan lampu ikonik Razer Chroma yang boleh dikustomkan (hanya untuk sistem Windows yang menggunakan perisian Razer Synapse 3)

Model eGPU ini merupakan versi yang dinaik taraf daripada model eGPU Razer Core X yang telah dilancarkan pada Mei 2018 lalu.

Razer Core X Chroma menyokong sehingga 3 kad grafik sekaligus yang dapat meningkatkan kuasa grafik bagi mana-mana komputer riba mahupun komputer meja yang dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 3 yang menyokong peranti eGPU ini.


Keperluan sistem



  • macOS


Bagi pengguna Mac, sistem operasi minimum yang diperlukan adalah macOS HighSierra 10.13.4 atau terbaru. Model kad grafik yang disokong pula adalah hanya dari jenama AMD sahaja yang dijual berasingan.

  • AMD Radeon RX 580

  • AMDRadeon RX 570

  • AMD Radeon Pro WX 7100

  • AMD Radeon RX Vega 56

  • AMD Radeon RX Vega 64

  • AMD Vega Frontier Edition Air

  • AMD Radeon Pro WX 9100

  • AMD Radeon RX 470

  • AMD Radeon RX 480


Kapsyen: Pandangan belakang Razer Core X Chroma.


  • Windows


Bagi pengguna Windows pula, sistem minimum yang diperlukan adalah Windows 10 64bit RS5 atau terbaru.

Model kad grafik yang disokong pula adalah terdiri daripada jenama NVIDIA atau AMD yang dijual berasingan.

Berikut adalah senarai kad grafik model NVIDIA GeForce yang sesuai digunakan oleh eGPU ini bersama sistem Windows:-

  • NVIDIA® GeForce® RTX 2080 Ti

  • NVIDIA® GeForce® RTX 2080

  • NVIDIA® GeForce® RTX 2070

  • NVIDIA® GeForce® RTX 2060

  • NVIDIA® GeForce® GTX Titan X

  • NVIDIA® GeForce® GTX Titan V

  • NVIDIA® GeForce® GTX Titan Xp

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1080 Ti

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1080

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1070 Ti

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1070

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1060

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti

  • NVIDIA® GeForce® GTX 1050

  • NVIDIA® GeForce® GTX 980 Ti

  • NVIDIA® GeForce® GTX 980

  • NVIDIA® GeForce® GTX 970

  • NVIDIA® GeForce® GTX 960

  • NVIDIA® GeForce® GTX 950

  • NVIDIA® GeForce® GTX 750 Ti

  • NVIDIA® GeForce® GTX 750


Ini pula adalah senarai kad grafik model NVIDIA Quadro yang sesuai digunakan oleh eGPU ini bersama sistem Windows:-

  • NVIDIA® Quadro®P4000

  • NVIDIA® Quadro®P5000

  • NVIDIA® Quadro®P6000

  • NVIDIA® Quadro®GP100


Manakala senarai di bawah adalah kad grafik model AMD Radeon yang sesuai digunakan oleh eGPU ini bersama sistem Windows:-

  • AMDRadeon™ VII

  • AMD Radeon™ VEGA RX 64

  • AMD Radeon™ VEGA RX 56

  • AMD Radeon™ RX 500 Series

  • AMD Radeon™ RX 400 Series

  • AMD Radeon™ R9 Fury

  • AMD Radeon™ R9 Nano

  • AMD Radeon™ R9 300 Series

  • AMD Radeon™ R9 290X

  • AMD Radeon™ R9 290

  • AMD Radeon™ R9 285


Kapsyen: Model komputer riba Razer yang menyokong eGPU Razer Core X Chroma ini termasuklah Razer Blade Stealth 13, Razer Blade 15, dan Razer Blade Pro 17 (versi NVIDIA® GeForce® GTX 1060).


Razer Core X Chroma yang berharga USD399.99 ini akan mula dijual pada 16 April 2019 dari laman Razer.com serta pasaran di beberapa buah negara seperti US, Kanada, UK, Perancis dan Jerman.

Untuk pasaran Asia pula dijangka akan tiba tidak lama lagi. Untuk info lanjut, sila layari laman muka Razer Core X.