Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android

Razer Kishi dibangunkan hasil kerjasama dengan Gamevice.


Razer sebelum ini ada menawarkan peranti alat kawalan permainan untuk telefon pintar yang dikenali sebagai JungleCat.  Tetapi ia hanya menyokong peranti Android sahaja.

Tetapi kini Razer telah mengumumkan peranti alat kawalan terbaru yang dibangunkan khusus untuk peranti pintar Android dan juga iOS.

Pembangunan peranti kawalan permainan yang dinamakan Razer Kishi ini adalah hasil kerjasama antara pihak Razer dan Gamevice.

Razer Kishi dilengkapi dengan butang kawalan fizikal yang membolehkan pemain mengawal dengan lebih baik permainan mereka berbanding menggunakan butang kawalan sentuh atas skrin peranti.

Kapsyen: Razer Kishi dikuasakan menerusi sambungan pada peranti pintar. Bermakna ia menggunakan kuasa bateri dari peranti pintar. Tetapi mempunyai sambungan  terbina dalam yang membolehkan peranti dicas ketika dimainkan.


Razer Kishi boleh dipadankan bersama model iPhone 6 hingga model terbaru iPhone 11 Pro Max atau peranti Android terpilih.

Setakat ini belum diumumkan harga rasmi peranti tersebut. Tetapi dijangka akan berada dipasaran pada awal tahun ini.