Razer Melancarkan Tetikus Khusus Untuk Pengguna Kidal

Razer Naga Left Handed Edition.


Pengeluar aksesori dan barangan komputer premium, Razer telah melancarkan tetikus khusus untuk pengguna kidal.

Tetikus Razer Naga Left Handed Edition adalah tetikus berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan 12 butang pelbagai fungsi yang mudah diakses hanya dengan menggunakan ibu jari kiri.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi penjejakan pintar, kaliborasi automatik tetikus terhadap permukaan serta pengguna boleh memprogramkan sehingga 20 tetapan arahan berbeza.

Malah ia juga mampu menyimpan tetapan berbeza untuk 5 orang pengguna. Sekaligus pengguna tidak lagi perlu berulang kali melakukan tetapan yang sama untuk tetikus tersebut.

Tetikus Razer Naga Left Handed Edition sudah pun ditawarkan di laman Razer Malaysia dan dijual pada harga RM469.00.

Untuk info lebih lanjut, layari laman muka rasmi Razer.com

Berkaitan