Monitor khusus untuk permainan komputer pertama dari Razer.
Razer secara rasminya telah melancarkan sebuah lagi produk terbaru mereka khusus untuk para pemain tegar permainan komputer, iaitu monitor "gaming" Razer Raptor.
Monitor bersaiz 27 inci ini merupakan monitor "gaming" pertama ditawarkan oleh Razer.
Raptor menggunakan paparan IPS dengan kadar segar 144Hz serta rekaan bingkai yang nipis sebagai salah satu ciri utamanya.
Razer Raptor adalah paparan QHD (2560x1440) dengan memiliki respon masa pantas 1ms serta dilengkapi ciri Ultra Low Motion Blur dan ketepatan warna tinggi kerana menggunakan standad warna DCI-P3.
Selain itu, ia turut dilengkapi sambungan HDMI 2.0b, DisplayPort 1.4, USB 3.2 Gen 2 (Type-A) , dan 1x sambungan USB Type-C dengan signal DisplayPort 1.4.
Mengurus kabel-kabel sambungan itu pula dimudahkan dengan adanya ruang khas dibelakang paparan bagi mengelakkan keserabutan sekaligus akan nampak lebih kemas.
Monitor Razer Raptor yang berharga USD699.99 (hampir mencecah RM3000.00) ini sudah pun boleh di pra tempah di laman rasmi Razer dan akan diterima pembelinya bermula 11 November ini.
Untuk info lanjut, layari laman muka Razer Raptor 27.
Berkaitan
- Dell Mengumumkan Monitor Mudah Alih Dan Model Siri S Terbaru
- Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
- MSI Dan CAPCOM Umum Kerjasama Strategik, Beli Monitor Dan Tebus Permainan Exoprimal Percuma
- Samsung Mengumumkan 2 Model Monitor Pintar Terbaru
- Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video
- Samsung WOW Perkenal Model TV Dan Monitor 'Flagship' 2023
- Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia - Razer Blade Stealth 13
- Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019
- MSI Lancar Monitor 24.5 Inci Pertama Di Dunia Dengan Ciri Penjagaan Mata
- Huawei Melancarkan MateView Dan MateView GT, Monitor Berprestasi Tinggi