Mikrofon dengan ciri interaktif paparan emoticon yang berinteraksi terhadap penonton penstriman video.

Razer telah melancarkan sebuah lagi produk terbaru mereka yang direka khusus untuk para penstriman video, iaitus ebuah mikrofon unik dengan ciri paparan emoticon.

IKLAN

Mikrofon tersebut yang dikenali sebagai ‘Razer Seiren Emote’ didakwa Razer sebagai mikrofon pertama di dunia yang direka bagi pengguna profesional penstriman video dengan ciri paparan LED emoticon 8-bit yang akan memberikan reaksi kepada para penonton.

Emoticon tersebut yang dikuasakan oleh Razer Emote Engine boleh diselarikan bagi membolehkannya respon dan berinteraksi kepada penonton ketika penstriman langsung dibuat dengan memaparkan pelbagai emoji.

Up-and-coming streamers are looking for more ways to engage with their fans and grow to new heights in order to become like their idols. With the Razer Seiren Emote, we are providing them with a new creative avenue, enabling an additional layer of interaction between streamers and fans that is truly fun and engaging.” Alvin Cheung, Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Persisian Razer.

IKLAN

Pengguna boleh memilih lebih daripada 100 emote statik atau animasi emoji mahupun mencipta sendiri emoticon mereka sendiri menerusi aplikasi Razer Streamer Companion.

Mikrofon Razer Seiren Emote ini sudah pun dijual di laman rasmi Razer pada harga USD179.99 (sekitar RM750.00). Untuk info lebih lanjut produk terbaru Razer ini, layari laman muka Razer Seiren Emote.

IKLAN