Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer PBT Keycap Upgrade Set

Razer Melancarkan Aksesori Kustomasi Warna Untuk Papan Kekunci

Diterbitkan November 23, 2019 · Dikemas kini November 23, 2019 oleh ariff bukhari

Razer PBT Keycap Upgrade Set boleh dipasangkan pada papan kekunci mekanikal dan optikal.

Razer telah melancarkan aksesori terbaru khsusus untuk pengguna papan kekunci Razer bagi menukar set warna papan kekunci mereka.

Razer PBT Keycap Upgrade Set itu ditawarkan dalam 4 warna pilihan iaitu Classic Black, Razer Green, Quartz Pink atau Mercury White.

Setiap set aksesori itu berharga USD29.99. Razer menyatakan PBT keycap papan kekunci mereka ini adalah lebih tahan lasak dari keycap yang diperbuat daripada bahan ABS atau PVS. Ini kerana PBT adalah bahan thermoplastic gred tinggi yang lebih berkualiti.

Razer PBT Keycap Upgrade Set ini boleh dipasangkan pada semua model papan kekunci Razer termasuklah Huntsman Elite, Huntsman Gear 5 Edition dan Blackwidow.

Tetapi Razer menyatakan aksesori ini juga boleh dipasangkan pada papan kekunci mekanikal atau optikal standad 104/105 US atau UK.

Untuk info lebih lanjut layari laman muka rasmi Razer PBT Keycap Upgrade Set.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY