Razer Mamba Hyperflux, Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri

Razer sebuah syarikat pengeluar kelengkapan komputer yang terkenal dengan rangkaian tetikus dengan ketepatan tinggi memperkenalkan tetikus tanpa baharu mereka, Mamba Hyperflux.

Tetikus ini dikhabarkan sangat ringan dan tidak menggunakan sebarang bateri. Ia dikuasakan oleh pad tetikus mereka, Firefly Hyperflux melalui medan magnetik. Pad tetikus bagaimanapun perlu disambungkan ke sumber kuasa melalui kabel.



 

 

Razer mengambil pendekatan ini bagi mencapai rekaan tetikus yang lebih ringan tanpa perlu menambah bateri kedalam tetikus dan menjadikannya tetikus tanpa wayar yang lebih ringan berbanding tetikus tanpa wayar lain yang terdapat di dalam pasaran.

Hasilnya, tetikus ini hanya mempunyai berat sebanyak 96g dan akan menemui pengguna pada suku pertama tahun 2018. Mamba Hyperflux bersama-sama Firefly Hyperflux dijangka dijual bersama dengan harga mencecah RM 1,000.

https://youtu.be/mro48mjwwbw