Razer Lancar Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition Berharga RM714

Dilancarkan pada tahun lepas, Razer Viper Ultimate kini hadir dengan versi Cyberpunk 2077.



Tetikus tanpa wayar ini hadir dengan kemasan hitam dan kuning, sesuai dengan tema Cyberpunk 2077.

Spesifikasinya sama dengan versi standard dimana ia menggunakan sambungan Razer Hyperspeed 2.4GHz.

Hadir dengan optical switch yang sama, pilihan sensor dpi sehingga 20,000 dan sokong Razer Chroma.



Walaupun permainan Cyberpunk 2077 masih belum dilancarkan, ia masih menarik minat jenama lain untuk keluarkan produk bertemakan permainan ini.

Razer Viper Ultimate Cyberpunk 2077 Edition ini dijual pada harga RM714 dan boleh didapati di laman Razer.