Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Card Diumumkan – Kad Prabayar Visa Dengan Logo Razer Menyala

Razer Card Diumumkan – Kad Prabayar Visa Dengan Logo Razer Menyala

Diterbitkan Oktober 7, 2020 · Dikemas kini Oktober 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Razer merupakan jenama yang popular dengan penawaran aksesori gaming.

Kini mereka mengumumkan pula Razer Card, sebuah kad fizikal Visa prabayar dengan ciri cashback untuk pembelian.

Apa yang menarik adalah kad ini dalam 2 versi, asas atau Premium – yang mana versi kad Premium mempunyai logo Razer yang menyala ketika membuat pembayaran.

gsmarena_001 (4)

Selain itu, kad ini juga menawarkan pelbagai hadiah jika digunakan bersama Razer Pay serta boleh digunakan untuk pembelian atas talian.

Untuk cashback, mana-mana pembelian akan menerima sebanyak 1% cashback. Namun jika pengguna membeli belah di RazerStore atau menggunakan Razer Gold, cashback adalah pada 5%.

Walau bagaimanapun, Razer Card ini hanya diumumkan untuk fasa percubaan di Singapura sahaja sebanyak 1337 orang.

Razer's credit card has an LED logo, because of course it does | GamesRadar+

Jadi, pengguna di Malaysia mungkin tidak dapat merasai pengalaman ‘riak’ ketika membayar menggunakan kad yang mempunyai logo Razer yang menyala.

Sumber: Razer Singapura

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY