Razer Blade 15 Dan Blade Pro 17 Hadir Buat Pasaran Tempatan

Razer sememangnya jenama yang terkenal dalam dunia gaming dan mempunyai peminat yang tersendiri. Hari ini, Razer mengumumkan komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 buat pasaran tempatan.

Razer Blade 15




Komputer riba ini sesuai buat kegunaan bermain mahupun kerja. Ia dikuasakan cip Gen-10 Intel Core i7-10875H digandingkan dengan kad grafik NVIDIA RTX 2080 Super Max-Q.

Hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci FHD dengan serta kadar penyegaran 300Hz. Turut dilengkapi RAM 16GB DDR4 2933MHz dan storan dalaman sebesar 512GB.

Sementara, Razer juga menawarkan varian dengan paparan OLED 4K dimana menggunakan format DCI-P3 serta hadir dengan versi skrin boleh sentuh dan tidak boleh sentuh.



Spesifikasi lain adalah papan kekunci RGB Chroma, port thunderbolt 3 yang menyokong pengecasan USB-C, 2 USB 3.2 Gen2, USB-C 3.2 Gen2 dan HDMI 2.0.

Razer Blade 15 ini dijual pada harga bermula RM 6,114.49 dan akan hadir seawal bulan November di kedai rasmi Razer Lazada, Shopee dan pengedar yang sah.

Razer Blade Pro 17




Komputer riba ini hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Ia dijana dengan cip pemproses Gen-10 Intel Core i7-10875H serta kad grafik NVIDIA RTX 2080 Super Max-Q.

Dilengkapi skrin bersaiz 17.3 inci Full HD 300Hz atau 4K 120Hz, skrin boleh sentuh pada model 4K, 100% sRGB dan bezel 6mm.



Turut dimuatkan RAM 16GB DDR4 dan storan dalaman 512GB sehingga 1TB SSD NVMe.

Harga ditawarkan bermula RM 9,456.94 dan akan dijual pada awal November di kedai rasmi Razer melalui Lazada, Shopee dan pengedar yang sah.