Razer Bakal Mengeluarkan Peranti Telefon Pintar?

Apabila Razer membeli Nextbit sebelum ini, terdapat persoalan samada syarikat pembuat kelengkapan permainan itu akan mengeluarkan satu peranti telefon pintar. Jika dilihat pada akaun Twitter Razer, akan ada satu pengumuman penting dari mereka pada 1 November ini.

Dalam iklan tersebut terlihat seorang lelaki sedang memegang satu peranti di tangannya yang kelihatan seperti telefon pintar.

https://twitter.com/Razer/status/918130361070100480

Jika benar begitu, pastinya peranti tersebut akan memfokuskan kepada permainan video dengan teknologi penyimpanan awan dari Nextbit. Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan gambar dari akaun Twitter CEO Razer yang menampakkan serba sedikit mengenai peranti terbaru Razer ini.

https://twitter.com/rebelleader/status/915410453626478593

Sumber