Ratusan Juta Kata Laluan Dalam Teks Biasa Yang Belum Disulitkan Tersimpan Dalam Sistem Facebook

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Facebook seakan-akan dihantui oleh masalah yang berkaitan privasi pengguna mereka.

Yang terbaru, Facebook dikesan telah menyimpan ratusan juta kata laluan pengguna mereka dalam teks biasa yang belum disulitkan dalam sistem mereka.

Kapsyen: Cyclonis


Ini bermakna ia terdedah kepada bahaya jika dapat diakses oleh sesiapa sahaja. Facebook mengakui kenyataan itu namun mengesahkan tiada bukti berlaku penyalahgunaan dari orang dalaman mereka terhadap kata laluan berkenaan.

Facebook juga mengatakan bahawa mereka menjangkakan ia melibatkan ratusan juta pengguna FB Lite, puluhan juta pengguna Facebook selain puluhan ribu pengguna Instagram.

Menurut mereka, perkara ini telah pun diselesaikan sejurus mereka menyedarinya dan memberi jaminan bahawa privasi dan keselamatan pengguna akan terus menjadi keutamaan mereka.

 

Sumber: Facebook