Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri OnePlus 9 ColorOS Wide

Rasmi, Siri OnePlus 9 Di China Akan Guna ColorOS

Diterbitkan Mac 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, barisan telefon OnePlus menggunakan dua antara muka, iaitu HydrogenOS untuk pasaran China, sementara OxygenOS pasaran global.

Namun, sedikit kelainan pada siri terbaru OnePlus 9 kerana ia bakal menjalankan ColorOS 11 buat pasaran China, sama seperti yang terdapat pada telefon OPPO.

Pete Lau sendiri mengesahkan perkara ini di laman Weibo. Meski pun begitu, HydrogenOS yang hadir pada siri OnePlus sebelumnya tetap menerima sokongan kemas kini baharu.

Siri OnePlus 9 ColorOS

Menerusi ini, diharapkan siri OnePlus 9 dengan ColorOS hanya ditawarkan di China sahaja. Manakala pasaran global dikekalkan OxygenOS.

Hal ini kerana, peminat OnePlus bukan sahaja membeli telefon ini untuk spesifikasi semata-mata, tetapi juga disebabkan sistem operasi OxygenOS.

Walau bagaimanapun, pihak OnePlus masih tidak memberikan sebarang kenyataan terhadap masa depan OxygenOS ini.

Dalam pada itu, acara pelancaran siri OnePlus 9 akan berlangsung pada esok, 23 Mac bersama-sama jam pintar pertama mereka, OnePlus Watch.

Sumber: gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY