(Rasmi) Siri Huawei Mate 30 Diperkenalkan, Dilengkapi Cip Baru Kirin 990 Dan Tetapan 4 Kamera Bersama Huawei SuperSensing

Penantian sudah pun berakhir dimana sebentara tadi Huawei secara rasminya memperkenalkan siri baru Huawei Mate 30 dalam satu acara di Munich, Jerman.

Peranti ini membuat kemunculan dengan rekaan skrin melengkung. Ia mengingatkan saya kepada rekaan Vivo NEX 3 yang juga baru sahaja diperkenalkan di Shanghai awal minggu ini.





Skrin Flex OLED 6.53 inci untuk Mate 30 Pro melimpah ruang meliputi hampir keseluruhan bahagian tepi sisi peranti. Ia digelar sebagai Huawei Horizon, melengkung dengan sudut 88 darjah bersama ciri sentuhan sisi interaktif menggantikan butang fizikal di bahagian tepi kerangka badan.



Manakala skrin Rigid OLED untuk Mate 30 dengan ukuran 6.62 inci, tidak melengkung seperti versi Pro



Untuk Huawei Mate 3 Pro dapat dilihat ruang takuk besar di bahagian dahi peranti, menempatkan kombinasi 3 sensor iaitu sensor gerak isyarat, pengimbasan wajah, kamera swafoto 32MP dan sensor proximity.

Manakala takuk pada Mate 30 sedikit kecil dengan sensor 24MP dibahagian depan, tanp sensor gerak isyarat.



Dibelakang, Huawei menempatkan 4 kamera modul dengan rekaan bulat terdiri dairpada kamera utama 40MP ultra lebar (f/1.8) dan 40MP SuperSensing Wide (f/1.6) bersama 8MP telefoto (f/2.4) OIS dan TOF sensor.Sistem dwi kamera dikenali sebagai SuperSensing Cine Camera. Kamera pertama memiliki sensor cahaya bersaiz 1/1.54 inci dengan tetapn ISO tertinggi 512,000 untuk merakam video dengan sokongan HDR dan gerak perlahan 7680fps. Ia juga mampu merakam video 4K time lapse pada sudut lebar.

Kamera kedua untuk sistem dwi kamera utama pula memiliki sensor bersaiz 1/1.7 inci Huawei SuperSensing untuk mengambil gambar dalam cahaya kurang dengan tetapan tertinggi ISO 409,600.

Manakala kamera telefoto 8MP hadir dengan keupayaan 3X zoom optikal, 5X zoom hibrid dan mampu zoom sehingga 30X secara digital.



Model Mate 30 dilengkapi dengan tetapan 16MP ultra lebar (f/2.2), 40MP SuperSensing Wide (f/1.8), 8MP telefoto (f/2.4)OIS dan Laser Focus.

Untuk siri Huawei Mate 30 kali ini, mereka membekalkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Kirin 990, dengan senibina sekecil 7nm EUV dengan penambahbaikkan terhadap kecekapan AI dan prestasi permainan mudah alih.



Cip pemprosesan Kirin 990 juga adalah cip pertama yang mengintegrasikan modem 5G ke dalam cip.

Menariknya juga, siri Mate 30 dimuatkan dengan 21 antena dimana 14 daripadanya untuk rangkaian 5G.Bergandingan mengoperasikan dibahagian dalam adalah memori RAM sehingga 12GB serta storan mencecah 512GB bakal ditawarkan.



Dilengkapi dengan bateri 4,500mAh untuk Mate 30 Pro, dan 4,200 mAh untuk Mate 30. Ia turut hadir dengan pengecasan pantas 40W Huawei Supercharge bersama sokongan pengecasan tanpa wayar 27W.

Bagi sistem sekuriti peranti, ia tampil dengan sistem imbasan cap jari pada skrin serta imbasan wajah 3D dan terdapat ciri dikenali sebagai AI Private View yang boleh menyembunyikan mesej apabila wajah dipaling daripada skrin paparan.



Keluaran kali ini bakal dipasarkan dengan pilihan warna seperti Black, Space Silver, Cosmic Purple dan Emerald Green serta versi kulit berwarna hijau serta oren.

Siri Huawei Mate 30 kali ini hadir dengan antaramuka EMUI 10 dengan beberapa fungi menarik seperti isyarat tangan untuk screenshot, Smart AI Rotation, Smart Screen Lock dan mod gelap.

Nantikan pandangan awal kami terhadap peranti ini dalam masa terdekat.