[RASMI] OnePlus 5 - Reka Bentuk Iras iPhone 7, Bateri Dikecilkan, Dwi Kamera dan Pemproses Snapdragon 835

OnePlus telah memperkenalkan flagship yang dinanti-nanti, OnePlus 5 awal pagi hari ini. Jika dilihat dari mata kasar, ianya mempunya reka bentuk belakang iras-iras iPhone 7 dengan binaan rangka bucu lengkung.

Di depan mereka membina OnePlus 5 dengan skrin AMOLED paparan HD penuh bersaiz 5.5 inci. Telefon ini juga dibina dengan ketebalan 7.25mm, dan menjadikan peranti ini flagship paling nipis setakat ini.

Mereka menawarkan dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Slate Grey. Jangkaan kami, Midnight Black akan menjadi rebutan dek kerana warna hitamnya yang elegen. Tetapi kami juga mendapati OnePlus 5 tidak mempunyai sokongan kalis air, yang mungkin membuatkan peminat geleng kepala.



Dibahagian belakang OnePlus telah menambah dwi-sensor bersama sensor bersaiz 16-megapiksel dan aperture f/1.7 menakala satu lagi sensor telefoto bersaiz 20-megapiksel bersama aperture f/2.6, kedua-duanya dibina oleh Sony. Jika dilihat daripada sepesifikasi kamera atas kertas, OnePlus 5 sudah menyamai keupayaan flagship Galaxy S8, iPhone 7 dan LG G6.

Salah satu kekurangan yang dapat kami timbulkan adalah mungkin tetapan kamera utama tidak mempunyai ciri penstabilan imej optik, memilih untuk menggunakan penstabilan imej elektronik. Menurut The Verge, OnePlus mendakwa ciri penstabilan imej optik akan menyebabkan sensor bersama aperture lebar tidak berfungsi sepenuhnya. The Verge turut memberitahu kamera OnePlus 5 tidak dapat menandingi Google Pixel.

Menurut Wired.com pula, keupayaan kamera utama OnePlus tidak sehebat yang di perkatakan sebelum pelancaran. Menurut mereka, beberapa isu yang timbul semasa mereka mencuba peranti ini seperti pencahayaan auto fokus yang tidak tepat, dan keupayaan low-light yang tidak begitu meyakinkan. Tetapi mereka turut menekankan tentang fungsi zoom optikal yang cemerlang dan penambahbaikkan pemprosesan imej yang lebih pantas berbanding model OnePLus 3T.



OnePlus 5 hadir dengan dua variasi pilihan, 6GB RAM dan storan 64GB / 8GB RAM dan storan 128GB. Oleh kerana OnePLus 5 ini memiliki reka bentuk yang nipis, baterinya juga dinipiskan dengan kapasiti 3300mAh, 100mAh lebih kecil berbanding model sebelum ini.

OnePlus memberitahu jangka hayat model baru ni adalah sama dengan model sebelumnya, cip pemprosesan yg lebih cekap dan penjimatan bateri dengan paparan AMOLED.



Dalam majlis pelancaran awal pagi ini, mereka turut membandingkan kapasiti bateri OnePlus 5 bersama Samsung S8. Mereka juga menyentuh tentang ciri pengecasan pantas dimana peranti baru ini mampu mengecas lebih separuh (58%) daripada kapasiti bateri dalam masa 30 minit. S8 pula hanya mampu mengecas sebanyak 39%.



OnePlus juga mendakwa peranti ini adalah 25% lebih kuasa berbanding OnePlus 3T dengan pemprosesan grafik Adreno 540. Ianya dimuatkan dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm Snapdragon 835 yang sudah diketahui mempunyai kepantasan yang menggagumkan dengan pemproses 8 teras 2.45GHz.





OnePlus dijalankan dengan sistem operasi Android Nougat 7.1 bersama penambahan Oxygen OS. Antara ciri yang menarik perhatian kami adalah Reading Mode baru dimana pengguna dapat kalibrasi paparan mengikut cahaya ambien.

Harga yang bakal dipasaran US adalah USD 479 iaitu sekitar RM 2060 tidak termasuk cukai tambahan dan lain-lain. Ini bermakna harga OnePlus 5 adalah yang paling tinggi dalam barisan model mereka setakat ini.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Hm5c8N1CwHs[/embed]

Sumber : The Verge, The Wired, GSM Arena, OnePlus