Rasmi, iPhone Kini “Made in India”

Tetapi ini hanya bagi model iPhone 6s sahaja, buat masa ini.


Kempen terbaru Apple bagi mengiklankan kehadiran peranti iPhone berharga bajet di India telah dimulakan dengan peranti iPhone 6s menerusi iklan HDFC Bank.

Kempen iklan yang bertajuk “The incredible iPhone 6s starting at INR 26,910” adalah tawaran Debit dan Kredit dari HDFC Bank bagi memasarkan peranti iPhone 6s berharga bajet khusus untuk pembeli di India.

Bermakna model iPhone 6s sahaja buat masa ini secara rasminya dipasang di India yang diurus oleh Wistron bagi produksi pengeluaran model iPhone di dalam negara tersebut.

Ia pertama kali disedari oleh Varun Krishna, pemilik laman FoneArena dari India dan diciap penemuan tersebut di laman Twitter beliau baru-baru ini.

https://twitter.com/varunkrish/status/1128619867400167426

iPhone 6s mula diperkenalkan Apple pada September 2015 dan ia dilengkapi dengan cip pemprosesan A9 serta paparan Retina HD bersaiz 4.7".

Kempen iklan Apple menerusi HDFC Bank ini lebih dilihat sebagai usaha Apple untuk menarik perhatian pembeli di India bagi bersaing dengan telefon pintar harga bajet yang telah lama menguasai pasaran India.

Walaubagaimanapun, usaha ini mungkin agak sukar kerana terdapat pelbagai pilihan telefon pintar Android yang dijual pada harga yang jauh lebih murah serta dilengkapi dengan perkakasan terkini berbanding iPhone 6s.

Sumber: iLounge

P/s: INR (India Rupee) 26,910 bersamaan dengan RM1,601.69 (berdasarkan tukaran matawang ketika ini). Selain iPhone 6s, iPhone SE adalah peranti terawal yang mula dipasang di Bengaluru bagi pasaran telefon pintar bajet di India sejak 2017 lagi.

Berkaitan