Rasmi: Celcom Dan Digi Sahkan Dalam Fasa Akhir Rundingan Untuk Bergabung

Axiata Group Berhad dan Telenor Asia kini mengesahkan dalam fasa akhir rundingan untuk menggabungkan perkhidmatan telekomunikasi Celcom dan Digi.

Dengan gabungan kedua-duanya, ia akan membentuk sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad (MergeCo). Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mencalonkan Dato’ Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi.

Sementara itu, Idham Nawawi dicalonkan sebagai CEO dan Albert Murt sebagai Timbalan CEO.

https://twitter.com/axiata/status/1380034962007584768

Sebagai sebahagian daripada transaksi, setiap pihak akan menerima pegangan saham dengan anggaran 33.1%. Celcom Digi juga akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pemeteraian perjanjian untuk gabungan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam suku kedua 2021. Dengan gabungan ini kelak, ia akan membentuk sebuah syarikat telco terbesar di Malaysia.

Sumber: Axiata, Telenor