Ransomware WannaCry Menyerang Kilang Honda Di Jepun

Sebulan yang lalu, WannaCry telah menjadi sebuah ransomware yang terkenal dengan  melumpuhkan sistem kesihatan Britain dan dikatakan telah kembali sekali lagi.

Mangsa kali ini pula ialah sebuah kilang pembuatan Honda di Jepun.

Honda terpaksa memberhentikan operasi kilang Sayama mereka buat sementara waktu selepas ransomware itu menjangkiti rangkaian di dalam kilang tersebut.

Kilang itu yang menghasilkan lebih kurang 1,000 kenderaan sehari termasuk siri Accord, Odyssey dan Stepwgn.

Pembuat kereta Jepun itu tidak memberikan sebarang komen balas mengenai perkara tersebut namun jurucakap mereka berkata ransomware tersebut telah menjangkiti rangkaian kilang termasuk di Amerika Utara, Eropah dan juga China.

Honda setakat ini hanya menutup operasi kilang di Sayama sahaja dan mungkin sudah beroperasi seperti biasa sekarang.

Sumber