Ransomware Baru Bernama 'Syrk' Menyerang Pemain Fortnite

Perisian hasad ini dibangun berasaskan program sumber terbuka Hidden-Cry.


Penyelidik keselamatan dari Cyren mendedahkan kemunculan perisian hasad ransomware terbaru yang dikenali sebagai 'Syrk' mula mensasarkan para pemain permainan video popular atas talian Fortnite.

Fortnite dianggarkan dimainkan lebih daripada 250 juta pemain dari seluruh dunia.

Ransomware Syrk didapati menyusup masuk ke dalam Fortnite dengan menyamar sebagai aplikasi penipu (cheating). Aplikasi tipu itu muncul menggunakan nama “SydneyFortniteHacks.exe”.

Apabila pengguna mengaktifkannya, ransomware ini akan terus mengenkrip data dan fail yang terdapat di dalam cakera keras (HDD) dan peranti storan USB yang disambungkan pada komputer terjejas.

Jika mangsa tidak membayar sejumlah wang yang diminta oleh penggodam, aplikasi tersebut akan mula sikit demi sedikit membuang data dan fail yang terdapat di dalam komputer tersebut.

The next step is it will set a timed procedure to try and delete the encrypted files in the directories listed below, deleting the files every two hours in the following order: %userprofile%\Pictures; %userprofile%\Desktop; and %userprofile%\Documents,” Cyren.

Sumber Cyren