Ranking Dxomark Bukan Penanda Aras Sebenar Kualiti Kamera Telefon Pintar

Dxomark merupakan sebuah syarikat yang menguji kualiti kamera dan audio yang terkenal di dunia. Ditubuhkan pada 2008 dan mempunyai ibu pejabat di Boulogne-Billancourt, Paris.

Dalam menguji keupayaan kamera telefon pintar, Dxomark telah membahagikan kepada beberapa kategori dan jumlah markah bagi setiap kategori itu akan dikumpul untuk jumlah keseluruhan fotografi dan video. Antara kategori tersebut ialah eksposur, warna, tekstur, noise, artifak dan zum serta baru memperkenalkan dua lagi kategori baru iaitu Selfie dan night mode.



Baru-baru ini, sebuah laman teknologi terkenal iaitu Android Authority telah mengulas tentang ranking kamera Dxomark yang agak kontroversi. Menurut Android Authority, ia menjadi kontroversi kerana hanya Dxomark satu-satunya syarikat yang menguji keupayaan kamera telefon pintar dan pendapatan syarikat tersebut juga bukan hanya semata-mata dari menguji dan memperlihatkan ranking telefon pintar sahaja.

DxO Labs iaitu pemilikkepada Dxomark merupakan sebuah syarikat konsultansi. Dalam erti kata yang lain, DxO Labs akan mengenakan bayaran kepada mana-mana syarikat pengeluar telefon pintar untuk diberikan konsultansi untuk meningkatkan lagi kualiti fotografi sesuatu produk berdasarkan analisa dan kepakaran mereka di dalam industri. Dengan ini, ranking dari hasil ujian kamera sesebuah produk pasti sedikit-sebanyak akan mempengaruhi para pengguna. Walaupun Dxomark mengatakan bahawa ujian yang dilakukan mereka merupakan ujian bebas, tetapi ia agak kontroversi kerana pada masa yang sama mereka juga menawarkan khidmat konsultansi yang menjana pendapatan yang menguntungkan?



Menurut Androoid Authority lagi, DxO Labs juga Menjual DxO Analyzer yang megukur dan menguji keupayaan kamera seuatu produk. Terdapat juga di beberapa laman teknologi yang lain turut mengatakan bahawa mana-mana syarikat yang bekerjasama atau menjalinkan hubungan perniagaan dengan DxO Labs pasti akan mendapat skor yang tinggi di dalam ranking.



Jadi tidak hairanlah mengapa pilihan para pengulas gajet terkenal seperti MKBHD, Supersaf, Mr Phone, Mrwhosetheboss dan lain-lain pengulas lagi tidak bersependapat dengan ranking Dxomark. Sebagai contoh pada akhir tahun lalu, jika dilihat Huawei Mate 20 Pro menduduki tangga teratas bagi ujian kamera Dxomark manakala MKBHD memilih Google Pixel 3XL sebagai kamera terbaik pada tahun lalu. Antara kontroversi yang lain juga markah yang diperolehi oleh Xiaomi Mi9 dalam kategori video amat tinggi dengan 99 mata menewaskan Iphone Xs max yang hanya mendapat skor 96 mata sedangkan ramai pengulas gajet berpendapat video Iphone Xs Max adalah yang terbaik ketika itu. Dan jika dilihat Xiaomi Mi9 meletakkan video berkualiti 4K 30fps sebagai default manakala Iphone Xs Max hanya 1080p sahaja sebagai default ketika ujian Dxomark dilakukan.



Secara umumnya, ujian yang dilakukan Dxomark itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dengan penerangan yang jelas pada setiap ujian yang mereka lakukan. Tetapi dengan berlakunya konsultansi berbayar dan penjualan DxO Analyzer, ia agak kontroversi dan diharapkan akan ada syarikat lain yang berupaya membuat ujian kamera seperti Dxomark. Ia seperti Antutu Benchmark dan Geekbench dalam menguji keupayaan prestasi peranti.

Sumber : Android Authority