Rangkaian Mudah Alih Malaysia Lebih Laju Berbanding Thailand, Indonesia Dan Filipina

Diantara empat buah negara di Asia Tenggara, Malaysia mempunyai rangkaian mudah alih paling pantas. Ini adalah berdasarkan laporan dari syarikat pengukur kualiti mudah alih, Tutela.

Menurut laporan tersebut, purata kelajuan muat turun 3G dan 4G dalam negara mencecah 11.1Mbps, memperlihatkan kelajuan purata Celcom pada kadar 14.8Mbps, Maxis 13.3Mbps, Digi 9.6 Mbps dan U Mobile dengan 4.3Mbps.

Indonesia pula dikedudukan kedua dengan purata kelajuan muat turun 8.3 Mbps dituruti oleh Filipina 8.1 Mbps dan Thailand yang mencatat 6Mbps.

Selain itu, ujian juga dijalankan untuk mengenalpasti sambungan negara mana yang lebih konsisten dan ia terbahagi kepada dua kategori, Basic dan Excellent. 

Basic dikelaskan sebagai sambungan yang baik untuk pelayaran web, emel, panggilan VOIP, dan akan mengalami sedikit gangguan apabila pengguna membuka aplikasi yang memerlukan sambungan lebih laju.

Bagi kategori Excellent, ia disebut sambungan yang baik untuk panggilan video HD, atau penstriman video 1080p.



Pada tahap Basic, Malaysia berada dibawah Thailand tetapi pada kategori Ecellent kualiti sambungan konsisten lebih baik berbanding tiga lagi negara jiran.

Laporan turut menyatakan Maxis adalah pengendali rangkaian terbaik di rantau ini yang menawarkan sambungan berkualiti dengan konsisten.

Pengguna juga disenaraikan sebagai paling banyak menggunakan data mudah alih diantara keempat-empat negara dan sementara pengguna di Filipina lebih banyak bergantung kepada WiFi.

Kapsyen: Kredit foto: Tutela


Walaubagaimanapun, negara seberang tambak, Singapura, tidak pula disenaraikan dalam ujian ini. Untuk laporan penuh boleh lanjutkan bacaan di Tutela.

Sumber foto utama: Study Malaysia