Rangkaian Maxis Masih Yang Terbaik Di Malaysia Ketika Ini – OpenSignal

Tahun lalu pada bulan yang sama, Wisermy ada menerbitkan berita mengenai laporan yang digarap dari OpenSignal berkenaan rangkaian di Malaysia.

Laporan itu menunjukkan Maxis sebagai pengendali rangkaian yang mempunyai sambungan terbaik bagi rangkaian 3G dan 4G.

Nampaknya, kecemerlangan itu diteruskan lagi berdasarkan laporan OpenSignal bagi Oktober 2018.

Boleh dilihat, rangkaian Maxis berjaya “menjuarai” sebahagian besar kategori seperti Kelajuan Muat Turun 4G, Kelajuan Muat Turun Keseluruhan, Kelajuan Muat Naik 4G, serta Latensi 4G yang lebih rendah berbanding telco lain.

Prestasi rangkaian adalah seperti dibawah:

Kelajuan Muat Turun 4G (purata)

  1. Maxis – 22.54Mbps
  2. Celcom – 15.08Mbps
  3. Yes – 11.43Mbps
  4. Digi – 11.34Mbps
  5. U Mobile – 10.95Mbps
  6. Unifi – 5.93Mbps

Kelajuan Muat Turun 3G (purata)

  1. Celcom – 3.61Mbps
  2. Maxis – 3.57Mbps
  3. U Mobile – 3.38Mbps
  4. Digi – 3.1Mbps

Kelajuan Muat Turun Keseluruhan (purata)

  1. Maxis – 17.14Mbps
  2. Celcom – 12.36Mbps
  3. Yes – 11.43Mbps
  4. Digi – 8.38Mbps
  5. U Mobile – 7.09Mbps
  6. Unifi – 4.63 Mbps

Kelajuan Muat Naik 4G (purata)

  1. Maxis – 8.14Mbps
  2. U Mobile – 7.62Mbps
  3. Celcom -6.89Mbps
  4. Digi – 5.64Mbps
  5. Unifi – 3.45Mbps
  6. Yes -2.08Mbps

Latensi 4G (purata)

  1. Maxis – 39.93ms
  2. U Mobile – 40.83ms
  3. Unifi – 43.05ms
  4. Celcom -45.7ms
  5. Digi – 47.65ms
  6. Yes – 55.43ms

Latensi 3G (purata)

  1. U Mobile – 64.97ms
  2. Maxis – 69.2ms
  3. Celcom – 70.34ms
  4. Digi – 86.41ms

Latensi membawa maksud tempoh masa perjalanan data dalam rangkaian. Lebih rendah masa, lebih bagus.

Untuk laporan penuh boleh dilihat disini – OpenSignal (State of Mobile Networks: Malaysia (October 2018)

Via Malaysian Wireless

 

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408