Rangkaian 5G Dengan Kelajuan 1000Mbps Bakal Diperkenalkan di India Seawal Tahun Ini.

Sebuah pengendali telekomunikasi di India akan mula menggunakan teknologi 5G, yang didakwa berupaya menawarkan kelajuan muat-turun sehingga 1000 mbps  mulai tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Huawei India Jay Chen berkata dia yakin tekonologi MIMO (Multiple In Multiple Out) sebahagian daripada teknologi 5G bakal diketengahkan di India seawal tahun ini.

"Kami telah memulakan rangkaian 4.5G di 13 kawasan utama di seluruh India yang mana dengan sedikit penambahbaikkan dapat diubah ke 5G. Berdasarkan penggunaan 4G yang meningkat di India, kelajuan muat-turun juga akan berkurangan, oleh sebab itu pengendali telekomunasi perlu menaik taraf ke 4.5G" tambah Chen.

Katanya lagi, sambungan 5G akan membawa teknologi canggih yang bakal mengubah kaedah liputan rangkaian untuk pengguna. Pada ketika ini, pelanggan perlu pergi ke destinasi yang mempunyai liputan internet. Melalui teknologi 5G, ianya didakwa akan mengikuti pengguna kemana sahaja dengan teknologi MIMO yang mana menggunakan penyambungan spectrum frequency tersediri ke peranti.

Baru-baru ini di MWC 2017, syarikat Reliance Jio juga telah berkerjasama dengan Samsung untuk project ‘I&G (Infill & Growth) Project’. Kerjasama antara kedua-dua ini adalah untuk menggalakkan kerajaan India menaik taraf service LTE sedia ada ke rangkaian 5G. Dilaporkan juga Nokia sedang berunding dengan pengendali telekomunikasi besar di India untuk memulakan perbincangan mengenai teknologi 5G.

Setakat ini, kajian mengenai 5G ini hanya dilakukan di Amerika Syarikat, Jepun, India, beberapa negara dari Eropah dan Korea Selatan. Mengikut kajian, Amerika Syarikat dan Jepun merupakan negara seterusnya yang berpotensi untuk memasarkan teknologi 5G. Di Amerika Syarikat, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) telah memulakan penilaian terhadap peruntukan frekuensi untuk 5G. China dan Korea juga masing-masing sedang berusaha untuk mengambil alih pasaran teknologi 5G dan bereksperimen dengan teknologi ini.

Di Malaysia pada pengetahuan kami hanya U Mobile Sdn Bhd sahaja yang telah memulakan ujian perkhidmatan 5G di Malaysia dengan kerjasama ZTE Corporation China dan Huawei Technologies Ltd.

Sumber