Ramalan Tepat EA Sports Mengenai Juara Piala Dunia 2018

EA Sports sebagai pemegang francais permainan FIFA 18 dengan tepat meramal Perancis sebagai juara Piala Dunia 18 di Rusia. Mereka melakukannya dengan melakukan simulasi pada bulan May menggunakan DLC (downloadable content) Piala Dunia Rusia.

Mereka pernah melakukan perkara yang sama untuk sukan-sukan besar lain seperti Super Bowl XLIX dengann membuat ramalan tepat mengenai pasukan yang menang bersama jumlah mata yang diperolehi.



EA Sports juga menyenaraikan statistik yang diperolehi dari 406 juta perlawanan maya yang dimainkan oleh pemilik FIFA 18:



  • 1 bilion gol dijaringkan

  • 1.7 bilion gol diselamatkan penjaga gol

  • 195 juta kad kuning

  • 25 juta kad merah


Perancis memiliki jumlah kemenangan terbanyak diikuti Brazil dan Jerman. Perancis bertemu Brazil di pentas final mengatasi jumlah perlawanan final lain yang mengandungi pasukan Brazil, Jerman dan juga Belgium.

Sumber