Ramai Tunggu Jam Ni, Ada Dual GPS, Harga RM299 Dan Masuk Malaysia 29 Mei Nanti

Kini boleh dikatakan terdapat ratusan model jam pintar dari pelbagai jenama. Dari yang berharga ratusan ringgit hinggalah yang berharga ribuan ringgit.

Walaubagaimanapun, jam pintar yang mahal pula tidak semestinya sesuai kepada kebanyakkan pengguna.

Apa yang penting adalah ciri-ciri menarik serta keupayaannya dalam memberikan info semasa berkaitan masa, aktiviti dan status kesihatan penggunanya khususnya sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan pergerakan.

Jadi di sinilah jam pintar keluaran realme Watch 2 Pro punyai kelebihan berbanding jam-jam pintar dari jenama lain.

Skrin besar 1.75 inci


Skrin realme Watch 2 Pro yang bersaiz 1.75 inci pastinya menjadi daya penarik utama khususnya kepada remaja.

Ini kerana, segala info dan notifikasi yang dipaparkan oleh jam pintar ini amat jelas dilihat. Rekaan skrin yang lebih luas dari modelnya terdahulu memberikan kepuasan apabila melihat skrin jam pintar ini.

Kapsyen: Skrin realme Watch 2 Pro kini 56% lebih besar dari model terdahulu.


Tidak setakat itu, rekaan skrin realme Watch 2 Pro ini adalah setanding dengan jam pintar premium lain di mana ia tahan calar, anti kesan jari dan rekaan skrin kaca 2D.

Jadi tak perlulah risau kalau anda memakainya untuk aktiviti lasak.

90 Mod sukan dan aktiviti




Pelaksanaan PKP di seluruh negara pastinya menyekat untuk anda melakukan riadah luar seperti joging, bersenam atau aktiviti lasak seperti berenang dan rentas desa.

Tetapi itu bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Walaupun di rumah anda juga boleh melakukan senaman di dalam rumah.

Jadi, dengan menggunakan realme Watch 2 Pro, ia akan dapat mendisiplin dan memantau aktiviti senaman di dalam rumah anda.

Senaman seperti berjalan laju, naik dan turun tangga dan yoga, mod-mod senaman dalam jam pintar ini sudah ada tersedia untuk anda.

Ini kerana realme Watch 2 Pro dilengkapi dengan 90 mod sukan popular seperti sukan bola keranjang, berbasikal, bola sepak, badminton dan banyak lagi.

Jadi apa jua aktiviti riadah yang anda biasa lakukan ada di dalamnya dan akan direkod oleh jam pintar ini.


Dual-satellite GPS


Menjadikannya lebih menarik, realme Watch 2 Pro dilengkapi dengan ciri dual-satellite GPS yang akan memberikan kedudukan tepat apabila anda melakukan aktiviti sukan seperti larian.

Monitor kesihatan


Malah ia juga dilengkapi ciri monitor degupan jantung pada masa sebenar untuk tempoh 24 jam bagi membantu anda mengetahui status jantung anda setiap masa.

Jika itu masih belum memadai, jam pintar ini juga menyokong ciri mengimbas kadar oksigen di dalam darah atau lebih dikenali sebagai SPO2.

Ciri-ciri premium ini sekaligus menjadikan realme Watch 2 Pro setanding dengan jam pintar premium yang berharga ribuan ringgit.

Ketahanan bateri sehingga 14 hari  


Antara kelebihan utama realme Watch 2 Pro yang membezakannya dengan model jam pintar lain adalah ketahanan baterinya.

Bukan setakat sehari, tetapi anda tidak perlu pun mengecas jam pintar ini setiap minggu. Sebaliknya selepas 2 minggu, barulah bateri jam pintar ini akan habis dan perlu dicas.

Dari pengalaman selepas hampir 2 minggu menggunakan realme Watch 2 Pro, didapati baterinya mampu bertahan sehingga 14 hari iaitu menyamai seperti yang dinyatakan oleh realme.

Kapsyen: realme Watch 2 Pro juga boleh mengawal bagi mengambil gambar menerusi telefon pintar, memainkan muzik dari aplikasi Spotify dan banyak lagi.

Notifikasi 


Jika sebelum ini anda melihat notifikasi di telefon pintar anda, tetapi dengan memakai realme Watch 2 Pro, anda boleh melihat hampir kesemua notifikasi terus dari jam pintar ini dari pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar anda.

Ia termasuklah notifikasi mesej-mesej dari aplikasi sepert WhatsApp, Telegram, mesej teks SMS dan aplikasi-aplikasi e-mel.


Aplikasi realme Link Smart


Melengkapkan realme Watch 2 Pro adalah dengan memasang aplikasi realme Link Smart bagi menyambungkannya dengan jam pintar anda.

Menerusi aplikasi ini, penggunanya boleh melihat dengan lebih jelas serta menggunakan kesemua ciri-ciri yang ada dalam jam pintar tersebut dengan lebih mudah seperti menambah antaramuka jam, melihat rekod aktiviti harian yang lalu dan mengaktifkan ciri-ciri tambahan lain.

Kapsyen: Tetapan tambahan bagi mengaktifkan semua ciri yang ada pada realme Watch 2 Pro boleh dibuat menerusi aplikasi realme Link yang dipasang ke dalam telefon pintar.

Pusat pelbagai fungsi dan aktiviti


Sejak menggunakan realme Watch 2 Pro dalam 2 minggu ini, apa yang boleh disimpulkan adalah jam pintar ini menjadi pusat bagi pelbagai aktiviti harian.

Ia amat sesuai bagi mereka yang mahu mula belajar menggunakan jam pintar terutamanya para remaja yang meminati gadjet canggih seperti yang ada ditawarkan dalam jam pintar realme ini.

Kapsyen: realme Watch 2 Pro ditawarkan dalam 2 pilihan warna, Space Grey dan Metallic Silver


Rekaan moden serta tahan lasak juga memberikan keyakinan serta menambah gaya ketika memakainya pada setiap masa.

Jadi, apa yang boleh disimpulkan adalah, dengan harga yang kompetetif iaitu hanya berharga RM299.00, realme Watch 2 Pro adalah jam pintar yang harus dimiliki dan sesuai untuk semua peringkat umur.

realme Watch 2 Pro akan berada di pasaran bermula dari 29 Mei 2021 ini di semua stor sah realme di seluruh Malaysia.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia