Rakyat Malaysia Pengguna Tertinggi Instagram Di Asia Pasifik






Menurut kaji selidik dari kumpulan Kantar TNS, sebanyak 73%  pengguna internet dari Malaysia menggunakan aplikasi Instagram. Dan sebanyak 37% daripada mereka turut menggunakan aplikasi Snapchat. Ini menunjukkan bahawa tren terkini lebih tertumpu kepada saluran visual.





Mereka meramalkan telefon pintar di rantau ini mencecah hampir 1 billion dan 11juta daripadanya adalah dari Malaysia. Pasaran telefon pintar di dalam negara kini semakin rancak dengan model-model yang mempunyai fungsi kamera yang canggih pada harga yang berpatutan dan ia mungkin faktor utama dalam peningkatan penggunaan Instagram.





Hong Kong dan Singapura juga tidak terkecuali dengan masing-masing mencatatkan penggunaan sebanyak 70% dan 63%. Untuk aplikasi Snapchat, jumlah pengguna di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda daripada jumlah tahun lepas iaitu 14% kepada 37%. Mengikut laporan demografik, golongan yang berumur 55-65 tahun turut menggunakan Instagram dimana separuh daripada kumpulan umur itu mempunyai akaun Instagram.





Bagi generasi muda yang berumur 16-24 tahun pula merupakan golongan sangat gemar menggunakan media sosial.





Sumber: Stuff Malaysia