Untuk edisi kali ini, jumlah pembelian direkodkan pada kadar yang tinggi dan itu boleh dilihat dengan penjualan yang berjaya dijana syarikat China Alibaba yang memperoleh $5bilionĀ (~RM20 billion) hanya dalam masa 1 jam ia berlangsung.
Bagi pembeli di Malaysia, secara purata 6,000 tempahan telah dibuat dalam masa sejam dan ia 6 kali lebih tinggi berbanding biasa. Berdasarkan data yang dikumpul oleh Shopback Malaysia, pembeli tempatan banyak melakukan pembelian sekitar 12 tengah malam sehingga 12.59 pagi dengan purata 40 tempahan dilakukan dalam masa seminit.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 60% urusan jual beli dibuat melalui peranti mudah alih.
Antara barangan yang popular dibeli adalah dalam kategori fesyen, barangan bayi, dan juga barangan runcit dengan peningkatan 15% berbanding tahun lalu.
Difahamkan juga, rakyat Malaysia membelanjakan pada satu-satu tempahan adalah sekitar RM100 dan jumlah pembelian paling besar untuk satu transaksi adalah RM11,000 dibuat oleh oleh seorang pembeli.
Jadi pada promosi jualan tempoh hari, apakah barangan dan jumlah yang telah anda habiskan?
Sumber: Amanz.my dan Lowyat.net
Berkaitan
- Senarai Gajet Dan Aksesori Menarik Di Shopee 3.3
- Beli Minyak Enjin Di Lazada Menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell
- Microsoft Dan Intel Lancar Kempen Beli Komputer Di Lazada
- PlayStation 5 Boleh Di Pra-Tempah Dari Shopee Tengah Malam Ini
- Shopee Tawar Mi 9T Diiringi Dengan Redmi Air Dots Secara Percuma
- Apple Buka Gedung Dalam Talian Rasmi Di Lazada
- Tidak Lama Lagi Anda Boleh Beli Rumah Dari Lazada
- Guna Baucar Bank Ini, Lagi Jimat Belanja Di Lazada
- realme X3 SuperZoom Laris Dijual Di Lazada Untuk Peranti Bawah RM2000
- Asus ZenFone 5Z Sudah Kelihatan Di Lazada, Harga Bawah RM 2000