Rakyat Malaysia Kini Boleh Mendaftar Sebagai Pengundi Secara Atas Talian

Hanya berswafoto dengan kad pengenalan, anda sudah boleh mendaftar sebagai pengundi.


Jika anda sudah layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya nanti, sudah tiada alasan untuk anda tidak mendaftarnya.

Ini kerana pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah pun melancarkan laman sesawang mysprdaftar.spr.gov.my bagi memudahkan masyarakat mengakses dan menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Tidak terhad untuk urusan pendaftaran sebagai pengundi, pengguna juga boleh membuat permohonan penukaran lokasi daftar pemilih bagi mereka yang telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan.

Apa yang diperlukan untuk proses-proses tersebut hanyalah pengguna menyertakan  gambar pemohon berswafoto dengan kad pengenalan mereka sahaja.



Seiring dengan kecanggihan teknologi dan rakyat Malaysia yang semakin celik dengan perkembangan teknologi maklumat, usaha SPR ini disambut dengan baik.

Kaedah pendaftaran pemilih konvensional yang memerlukan pemohon perlu hadir sendiri ke tempat-tempat pendaftaran pemilih dan menggunakan borang fizikal dilihat tidak lagi praktikal pada masa sekarang.

Jadi marilah mari, mendaftar sebagai pengundi serta menunaikan hak dan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.