Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Cara Menghadapi Panggilan Palsu Sebelum Anda Menjadi Mangsa Seterusnya!

Rakyat Malaysia Khususnya Wanita Terus Diperdaya ‘Macau Scam’

Diterbitkan November 17, 2020 · Dikemas kini November 17, 2020 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa dalam tempoh 10 bulan sahaja iaitu dari Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kerugian melibatkan sindiket penipuan ‘Macau Scam’ mencecah sehingga RM256 juta.

Jumlah itu adalah daripada 5,218 kes yang telah direkodkan dalam tempoh tersebut.

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 2,676 kes telah pun berjaya ditumpaskan oleh PDRM dengan 1,420 kes sudah dibawa ke mahkamah di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob, mangsa yang paling ramai adalah terdiri daripada golongan wanita yang berumur lebih daripada 51 tahun denagn merekodkan lebih daripada 3,000 kes.

Oleh itu beliau menggesa kepada orang ramai supaya tidak menjawab panggilan dari pihak tidak dikenali atau terburu-buru percaya dengan dakwaan mereka akan ditangkap, harta dirampas dan sebagainya.

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak memindahkan duit ke dalam mana-mana akaun jabatan kerajaan kerana kerajaan tidak pernah memberi arahan kepada orang awam berbuat demikian.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY