Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS

Teknologi sememangnya memudahkan urusan kita seharian, seperti contoh telefon pintar yang membantu kita berhubung dengan sesiapa juga tanpa mengira jarak lokasi.

Pun begitu, pihak yang tidak bertanggunjawab juga semakin "pintar" untuk memanipulasi kemudahan ini dengan melakukan jenayah penipuan. Hal ini boleh dilihat kepada jumlah kerugian yang disebabkan penipuan melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas yang menjangkau angka RM113.11 juta.

Berdasarkan statistik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia, sebanyak 4500 kes penipuan menerusi telefon telah dilaporkan pada tahun ini dan tahun lepas.

Lebih membimbangkan lagi adalah kes-kes tersebut meningkat sehingga 112% pada 10 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Diharapkan anda semua yang memiliki peranti mudah alih ini lebih peka dan berwaspada dengan setiap panggilan mahupun SMS yang diterima kerana penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan wang anda.

Sumber: Astro Awani