Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakyat Malaysia Gemar Lakukan Pembayaran Tanpa Sentuh Guna Kad Visa Pada Tahun 2020

Rakyat Malaysia Gemar Lakukan Pembayaran Tanpa Sentuh Guna Kad Visa Pada Tahun 2020

Diterbitkan Januari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun 2020 telah pun berlalu dan kebanyakan masyarakat dunia termasuk Malaysia menjalani kehidupan dengan norma baharu. Malah, industri e-Dagang juga kian meningkat dimana budaya beli-belah dari rumah menjadi satu kebiasaan.

Visa baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia mencapai kejayaan kerana kaedah pembayaran tanpa sentuhan menjadi pilihan utama bagi pemegang kad visa di Malaysia.

Pembayaran tanpa sentuhan ini dilihat mendominasi kategori penting seperti makanan dan barangan keperluan dapur, restoran perkhidmatan pantas, gedung serbaneka dan juga farmasi.

visa 1

Tambahan lagi, terdapat pemegang kad visa aktif juga melakukan kaedah pembayaran ini buat pertama kali pada separuh pertama tahun 2020.

Pembelian dalam talian bagi kategori perniagaan dan perkhidmatan profesional turut menyumbang 19% daripada perbelanjaan dalam talian oleh pemegang kad yang baru bergiat dalam e-Dagang.

visa 2

Terdahulu, Visa Malaysia telah melancarkan inisiatif melalui kempen Where You Shop Matters iaitu menggalakkan PKS menerima pakai dan melaksanakan transformasi digital termasuk membawa perniagaan mereka ke dalam talian.

Hari ini kita dapat lihat, pembayaran tanpa tunai menerima sambutan yang sangat positif oleh rakyat Malaysia. Malah, rakyat juga percaya bahawa ini merupakan masa yang sesuai untuk golongan peruncit dan pemilik perniagaan menerima pembayaran digital.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY