Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lunar-occultation-of-venus-babak-tafreshiscience-photo-library 2

Rakyat Malaysia Bakal Saksikan Fenomena ‘Bulan Melintas Hadapan Planet Zuhrah’ Jumaat Ini

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena yang dikenali sebagai Penghijaban Zuhrah oleh Bulan (Lunar Occultation of Venus).

Fenomena ini berlaku apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhrah dari pandangan Bumi, di mana planet Zuhrah akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan dan kemudian akan muncul semula.

MYSA menerangkan, penghijaban bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain.

Semasa keadaan ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahaya yang akan terlindung.

penghijaban bulan

Penghijaban Zuhrah oleh Bulan ini dijangka akan berlaku pada 27 Mei 2022 dan boleh disaksikan dari bahagian timur Afrika dan sebahagian Asia termasuk Malaysia.

Rakyat Malaysiaakan dapat menyaksikan fenomena tersebut dengan bermulanya kehilangan Zuhrah di belakang Bulan sekitar jam 10 pagi (bergantung kepada lokasi) di langit timur dan kemunculan semula Zuhrah akan kelihatan sekitar jam 12:00 tengah hari (bergantung kepada lokasi).

Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan binokular atau teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa.

Sumber: MYSA

Baca juga:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY