Rakyat Malaysia Antara Yang Paling Banyak Habiskan Masa Di Skrin Telefon Setiap Hari - Kajian

Berdasarkan kepada laporan kajian yang dijalankan oleh bankmycell dari data DataReportal, secara puratanya pengguna dewasa di seluruh dunia kini menghabiskan masa selama 6 jam dan 58 minit dalam talian dan pada skrin mereka setiap hari.

Ia adalah kira-kira 3 jam dan 43 minit (atau 53.5%) daripada masa itu dibelanjakan untuk peranti mudah alih.

Pengguna yang paling lama menghabiskan masa di skrin telefon sehari adalah rakyat Afrika Selatan dengan purata masa yang dihabiskan adalah selama 10 jam 46 minit.

Diikuti oleh Filipina (10 jam 27 minit), Brazil (10 jam 19 minit), Colombia (10 jam 3 minit) dan Argentina (9 jam 38 minit).

Malah bankmycell turut menyenaraikan Malaysia di tangga ke enam di mana rakyatnya menghabiskan masa di skrin selama 9 jam 10 minit setiap hari.

Masa yang dihabiskan itu mengatasi Thailand dan Indonesia.

Berikut adalah senarai penuh masa yang dihabiskan pengguna di hadapan skrin telefon berdasarkan negara yang berumur antara 16 hingga 64 tahun:-



 



 



{suggest}

Sumber: Bank My Cell

Berkaitan