Peralihan akan dibuat secara 3 peringkat mengikut wilayah.
Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan mula menikmati siaran tv digital sepenuhnya pada 31 Oktober tahun ini. Peralihan sepenuhnya kepada siaran TV Digital myFreeview daripada siaran TV percuma yang menggunakan teknologi analog akan menjadi penanda era baharu industri penyiaran negara.
Kejayaan ini dicapai berikutan hasil kejayaan ujian rintis yang telah dijalankan bermula di Pulau Langkawi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak industri penyiaran sejak 21 Julai lalu.
Ia juga adalah antara usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital merangkumi penduduk di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara, sejajar dengan wawasan kerajaan yang mahukan rakyat menikmati perkhidmatan tv digital secara percuma yang berkualiti.
Berikut adalah tarikh-tarikh peralihan siaran TV Analog ke TV Digital myFreeview mengikut wilayah:-
WILAYAH | TARIKH PERALIHAN |
Tengah dan Selatan | 30 September 2019 |
Utara dan Timur | 14 Oktober 2019 |
Sabah dan Sarawak | 31 Oktober 2019 |
Jadi dengan adanya siaran TV Digital myFreeview, ia turut memberi pilihan kepada rakyat untuk menonton pelbagai saluran tv, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, informasi semasa, pendidikan interaktif dan rancangan-rancangan yang lain.
Setakat ini, sebanyak 15 saluran tv dan enam saluran radio boleh didapati pada platform TV Digital myFreeview yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC).
Malah dijangkakan akan terdapat beberapa lagi saluran tv baharu yang turut bakal disiarkan di platform TV Digital myFreeview dalam tempoh terdekat ini.
Bagi mereka yang masih belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview, anda digalakkan untuk berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
Bagi mereka yang masih belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview, anda digalakkan untuk berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Dapatkan dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) dan memasang kepada set TV yang sedia ada; atau
- Dapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder dan memasang kepada aerial UHF.
Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.myFreeview.tv atau hubungi talian 1-800-181-088.
Berkaitan
- Pengagihan Dekoder TV Digital myFreeview di Sibu Ditangguhkan
- Kerajaan Mengumumkan Pelaksanaan Makmal Infrastruktur Digital Negara
- Ini Mungkin TV Paling Mahal Yang Berada Di Pasaran Untuk Konsol PS5 Atau Xbox Series X Baru Anda
- Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
- Hari Ini Adalah Hari Terakhir Permohonan Set Dekoder myFreeview Percuma
- WhatsApp Memfailkan Saman Terhadap Kerajaan India Selepas Dipaksa Ikuti Undang-Undang Digital Baru Negara Itu
- Warga B40 Sabah Dan Sarawak Yang Layak Dan Telah Berdaftar Sudah Boleh Mula Menuntut Dekoder TV Digital Percuma
- Ciri Keselamatan TV Samsung 2024 Terima Pensijilan CC
- Kajian Pelaksanaan ID Digital Nasional Akan Bermula Pada September Ini
- Pertandingan Misi Jelajah Digital Maxis Terbuka Kepada Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5