Media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi mengenai isu yang terjadi dan salah satu daripadanya adalah video yang memperlihatkan iPhone dimusnahkan oleh rakyat China. Difahamkan tindakan itu sebagai tanda sokongan mereka kepada jenama tempatan, Huawei.
https://www.youtube.com/watch?v=rf4kaPGXyEg
Protes dan boikot juga dilakukan oleh rakyat China dimana ada majikan yang memberi amaran kepada pekerja yang membeli produk Apple tidak akan mendapat kenaikan serta bonus tahunan. Sebaliknya bagi yang membeli peranti Huawei, ganjaran akan diberikan kepada mereka sebagai tanda sokongan kepada produk tempatan.
Laporan dari South China Morning Post pula memberitakan salah seorang pengguna iPhone, Wang Zhixing, mengambil keputusan untuk beralih kepada Huawei selepas hampir 10 tahun menggunakan peranti Apple itu.
"There is a calling from my heart that I need to show support for Chinese brands, especially in the trade war climate" ujar beliau yang kini bertukar dari iPhone 7 kepada Huawei P30 Pro.
Bagi Sam Li seorang kakitangan syarikat telekomunikasi di Beijing menyatakan bertukar dari iPhone kepada Huawei berlandaskan emosi. Menurut beliau, ketika ini agak memalukan apabila mengeluarkan iPhone dari poket apabila semua eksekutif syarikat menggunakan Huawei.
Berkaitan
- Australia Guna Kamera AI Untuk Kesan Pemandu Yang Menggunakan Peranti Semasa Memandu
- Remove China Apps Sudah Dipadam Dari Google Play Store
- Ada Lagi Siri Redmi Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Tidak Lama Lagi
- Penggunaan Dron Dicadangkan Untuk Pantau Projek Pembangunan Diseluruh Negara
- Hampir Ditipu Ketika Beli Barang Dari Shopee, Lelaki Ini Kongsikan Taktik Penipuan Peniaga Tidak Bertanggungjawab
- Maxis Ada Pelan Pasca Bayar Dan Broadband Baru
- Microsoft Membawakan Ciri Tab Untuk Aplikasi Windows 10
- Samsung Patenkan Rekaan Telefon Lutsinar
- 9.9 Super Shopping Day Bakal Tawar Barangan Dan Diskaun Menarik
- Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya