Rakyat China Menyalahkan Apple Dan Terus Menyokong Huawei

Reading Time: 1 minute

Drama perang dingin bersambung…

Perang dingin antara kerajaan Amerika dengan Huawei kini merebak ke rakyat China. Pengguna di negara tersebut kini memberi sokongan terhadap Huawei dan menuduh A.S cuba membuli syarikat tersebut.

Ia dapat dilihat menerusi sosial media China di mana kebanyakan daripada mereka adalah sangat patriotik mempertahankan jenama Huawei.

Penggunaan hashtag di laman Weibo yang membawa maksud “Cip Huawei  tidak perlu bergantung pada rantaian bekalan AS” telah dilihat hampir 50 juta kali.

Malah ada juga pengguna di China kini merancang untuk memboikot dan mahu beralih daripada menjadi pengguna produk Apple kepada produk Huawei.

Mereka juga mengatakan adalah ‘fantasi’ jika A.S mahu menyekat Huawei, sebaliknya merekalah yang akan menghentikan Apple.

Kesan daripada isu bermula apabila Presiden A.S, Donald Trump menandatangani arahan eksekutif bagi menghalang penjualan dan penggunaan alat telekomunikasi yang boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan negara mereka (merujuk kepada Huawei)

Ini sekaligus akan memutuskan teknologi yang dimiliki oleh syarikat-syarikat teknologi dari A.S daripada dikongsikan bersama Huawei.

Susulan perkembangan tersebut, Google telah menarik hak lesen Android yang dimiliki oleh Huawei. Ia turut diikuti oleh syarikat-syarikat teknologi A.S dengan memutuskan hubungan dengan Huawei.

Setakat ini, belum nampak kesudahan drama perang dingin antara A.S, syarikat-syarikat teknologi yang bersekutu dengan AS terhadap Huawei.

Walhal, Huawei bergantung pada firma Amerika untuk produk-produknya. Manakala Apple pula amat bergantung kepada sejumlah besar pembekal dari China bagi pemasangan dan bekalan untuk perkakasan produk-produknya.

Ketika ini, Huawei merupakan syarikat pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia di belakang Samsung.

Sumber: CNBC

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *