Rakuten Sport Perluaskan Penstriman Antara Negara Di Asia Tenggara Bermula 11 Jun Bagi Peminat J.League

Rakuten, Inc. sebuah syarikat yang menerajui dalam dunia perkhidmatan internet yang bertapak di Tokyo ditubuhkan pada tahun 1997 itu telah menaik taraf perkhidmatan Rakuten Sport mereka bermula pada 11 Jun tahun ini.

Perkhidmatan yang menawarkan penstriman langsung kandungan permainan bola sepak akan menyiarkan permainan dari J.League kepada peminat di lebih daripada 140 buah negara di seluruh dunia.



Syarikat yang menjadi platform sukan penstriman dan video atas permintaan (VOD) itu boleh diakses dari mana-mana sahaja melalui peranti mudah alih dan tablet melalui laman sesawang Rakuten Sport.

Tambahan lagi, Rakuten Sport akan menyiarkan perlawanan Meiji Yasuda J1 League dari musim 2019 sama ada secara langsung atau atas permintaan.



Selain menyiarkan penstriman secara langsung tentang perlawanan bola sepak, Rakuten Sport mempunyai rancangan televisyen siri asal Iniesta TV, ia  mengikuti bintang bola sepak antarabangsa Andrés Iniesta yang bermain bagi pasukan Vissel Kobe di dalam liga J.League. Rakuten Sports merancang untuk menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan bola keranjang, pingpong dan sukan lain pada masa akan datang.

Bagi perkhidmatan terbaru mereka ini, mereka memperluaskan penyiaran antara negara bagi menarik minat peminat bola sepak di Vietnam, Singapura, Filipina, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos dan negara-negara lain di asia tenggara.