Perkhidmatan yang menawarkan penstriman langsung kandungan permainan bola sepak akan menyiarkan permainan dari J.League kepada peminat di lebih daripada 140 buah negara di seluruh dunia.
Syarikat yang menjadi platform sukan penstriman dan video atas permintaan (VOD) itu boleh diakses dari mana-mana sahaja melalui peranti mudah alih dan tablet melalui laman sesawang Rakuten Sport.
Tambahan lagi, Rakuten Sport akan menyiarkan perlawanan Meiji Yasuda J1 League dari musim 2019 sama ada secara langsung atau atas permintaan.
Selain menyiarkan penstriman secara langsung tentang perlawanan bola sepak, Rakuten Sport mempunyai rancangan televisyen siri asal Iniesta TV, ia mengikuti bintang bola sepak antarabangsa Andrés Iniesta yang bermain bagi pasukan Vissel Kobe di dalam liga J.League. Rakuten Sports merancang untuk menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan bola keranjang, pingpong dan sukan lain pada masa akan datang.
Bagi perkhidmatan terbaru mereka ini, mereka memperluaskan penyiaran antara negara bagi menarik minat peminat bola sepak di Vietnam, Singapura, Filipina, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos dan negara-negara lain di asia tenggara.
Berkaitan
- God of War : Permainan Video Yang Mendapat 'Rating' Paling Tinggi
- Telinga Panas Ketika Menggunakan Fon Kepala Semasa Bermain Permainan Video? Fon Kepala HP Omen MindFrame Ini Untuk Anda
- Permainan Video Mungkin Terlibat Dalam Sukan Olimpik Pada Masa Akan Datang
- Zaman Konsol Permainan Mungkin Berakhir Tidak Lama Lagi
- Peranti Boleh Lipat Memfokuskan Permainan Video Pertama Mungkin Hadir Dari Jenama Sharp
- EA Sahkan Permainan Command&Conquer Bakal Dibangunkan Semula, Tiada Transaksi Mikro
- Permainan Video Bagi Olimpik Tokyo 2020 Kini Rasmi, Akan Dipasarkan Pada Musim Panas Ini
- Google Hentikan Servis Permainan GPGS untuk Platform iOS
- Giliran Permainan Fortnite Pula Berdepan Tindakan Undang-Undang Dari PUBG
- Permainan Video Power Rangers Akan Hadir Ke Semua Konsol Utama April Ini