Rakaman Arahan Suara Cortana Didapati Didengari Oleh Pihak Kontraktor Microsoft Yang Menguruskan Servis Tersebut

Reading Time: 1 minute

Microsoft mengemas kini polisi privasi pengguna selepas isu Cortana dan Skype.

Microsoft kini mengemas kini polisi privasi mereka selepas mengakui bahawa mereka membenarkan pihak pengurusan perkhidmatan arahan suara Cortana dan panggilan Skype mendengar rakaman pengguna yang menggunakan ciri tersebut.

Dalam polisi privasi Microsoft kini menyatakan, “To build, train, and improve the accuracy of our automated methods of processing (including AI), we manually review some of the predictions and inferences produced by the automated methods against the underlying data from which the predictions and inferences were made. For example, we manually review short snippets of a small sampling of voice data we have taken steps to de-identify to improve our speech services, such as recognition and translation.

Sebelum ini, Microsoft hanya menyatakan dalam polisi privasi mereka bahawa “Cortana will record your voice when it ‘thinks’ that you’re accessing it or dictating speech.”. Tetapi kini menyatakan “the recordings may be subject to transcription of audio recordings by Microsoft employees and vendors, subject to local laws and restrictions.“.

Microsoft berdepan dengan isu privasi pengguna yang sama dihadapi oleh servis Google Assistant, Amazon Alexa dan Apple Siri. Kesemua servis ciri arahan suara yang disediakan oleh syarikat-syarikat gergasi ini didapati telah membenarkan pihak kontarktor mereka mendengar rakaman suara pengguna mereka.

Buat masa ini, pengguna Cortana dan Skype tidak diberikan pilihan oleh Microsoft bagi membuang rakaman suara yang terdapat di dalam servis Cortana dan Skype.

Jadi jika anda pedulikan privasi anda, cara yang dapat membantu adalah  dengan mematikan ciri Cortana pada peranti pintar dan sistem operasi Windows yang ada ciri Cortana  pada komputer anda.

Sumber: PCWorld

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *