Mahu Rakam Imej 108MP Lebih Jelas? OPPO Reno3 Pro Boleh Bantu Anda

Sudah setahun lebih siri Reno yang fokus kepada fotografi diperkenalkan dan kini ia sudah pun memasuki generasi yang ketiga melalui OPPO Reno3 Pro dan OPPO Reno3. Sedia dilancarkan di Malaysia pada awal Mei yang lepas, dua model dalam siri ini dijual pada harga RM1699 untuk versi asas sementara versi Pro berharga RM2399.



Sekiranya anda masih mempertimbangkan OPPO Reno3 Pro, mungkin boleh ikuti tulisan kali ini yang menyajikan 8 sebab kenapa model ini perlu dimiliki.
1. Siri Reno cukup terkenal dengan kemampuan kamera yang terbaik, kini dengan 108MP yang boleh dicetak terus menjadi poster besar

Siri Reno cukup terkenal dengan keupayaan rakaman gambar serta videonya. Bagi model terbaharu ini, mudah kata ia dimuatkan dengan segala keperluan rakaman gambar dan video pengguna masa kini.



Kamera utama 64MP dengan hasil yang cukup perinciannya, sebuah lensa untuk rakaman lebih luas, sebuah lensa untuk telefoto bagi kemampuan zoom yang lebih baik, serta lensa monokrom untuk menambah keunikan hasil rakaman anda.



Buat pengetahuan anda semua, melalui lensa utama 64MP, OPPO Reno3 Pro dilengkapkan dengan sistem komposisi bingkai-pelbagai yang mampu mengambil gambar 108MP. Menerusi sistem ini, peranti akan menghasilkan maklumat sub-piksel dengan resolusi gambar yang sangat tinggi.

Mengikut resolusi 72dpi, mod 108MP Imej Ultra Jelas boleh menghasilkan poster sebesar 4.3m x 3.2 m. Gambar yang diambil dari jarak jauh tetap kelihatan berkualiti tinggi dan jelas, bermakna anda boleh terus mencetaknya.
2. Selfie lebih yakin dengan dwi kamera 44MP+2MP

pertama di dunia paparan berlubang



Ya tuan-tuan dan puan-puan, siri Reno3 didatangkan dengan kamera hadapan 44MP. Gambar yang dihasilkan mempunyai exposure yang baik dan tajam. Jika anda memilih versi Pro, rakaman hadapan menjadi lebih bagus dengan adanya sensor depth 2MP yang memberikan kesan kabur lebih kemas.

Gabungan kedua-dua lensa ini jugak memberikan rakaman video potret yang kemas, dapat memisahkan anda dan latarbelakang kabur dengan cukup lancar.

zoom OPPO Reno3 Pro

Tidak cukup dengan itu, kamera selfie ini juga berkeupayaan mendapatkan gambar terbaik diwaktu kurang cahaya. Terima kasih kepada Mod Night Selfie, tiada lagi kegusaran kurang cahaya untuk merakam wajah anda.


3. Terangi malam anda dengan Mod Ultra Dark

Menguatkan lagi hasil rakaman malam pula adalah mod Ultra Dark. Menerusi mod ini, gambar yang dirakam pada persekitaran kurang cahaya lebih jelas kelihatan.



Anda tidak perlu bersusah payah menekan butang, kerana algoritma yang dibangunkan oleh OPPO akan mengesan keadaan sekeliling dan ia akan bertukar kepada mod Ultra Dark secara automatik.


4. Mari rapat mari dekat dengan kebolehan 20x zoom

Barisan peranti OPPO telah disediakan dengan antaramuka aplikasi kamera yang ringkas dan mudah digunakan sesiapa jua. Hasil gambar disiang hari bagus dan dirasakan mampu mencabar rakaman daripada peranti atasan yang lain. Mahu rakam subjek nun jauh disana? OPPO Reno3 Pro mampu melakukan 5x zoom hybrid sehingga 20x zoom digital.



Jarak bukan lagi penghalang untuk anda mendapatkan rakaman lebih rapat dengan subjek yang dimahukan. Walaupun jauh, senibina jambatan seperti masih lagi kelihatan.
5. Rakaman video yang stabil

Tidak sempurna rasanya jika hanya bercerita tentang keupayaan gambar tanpa rakaman video. Stabil, itu apa yang boleh disimpulkan untuk hasil video dari OPPO Reno3 Pro.

https://www.youtube.com/watch?v=1l1PqBKemTg&feature=youtu.be

Seperti keluaran-keluaran sebelumnya, ciri video Ultra Steady membolehkan rakaman aktiviti seperti berlari, berbasikal dan seumpamanya diambil tanpa gegaran. Menggunakan penstabilan imej elektronik (EIS) dan penstabilan imej optikal (OIS), hasil rakaman OPPO Reno3 Pro pasti memuaskan hati anda.
 6. Paparan OLED yang sedap mata memandang, sedap lagi melayan Netflix

Kebanyakan daripada kita sekarang lebih selesa menonton filem, drama atau sebarang kandungan video daripada peranti mudah alih. Untuk mendapatkan kepuasan, pastinya kenikmatan itu ditagih daripada skrin paparan yang bagus dan baik.

oppo reno3 x netflix

Umum sedia mengetahui skrin Super AMOLED mampu menawarkan paparan yang dimahukan dan ia terdapat pada OPPO Reno3 Pro. Menampilkan warna yang baik, perincian yang tajam terang. Ia menyokong gamut warna DCI-P3.

 

skrin OPPO Reno3 Pro

Bab kecerahan pula, OPPO menyatakan ia mampu mencapai sehingga 500 nits. Tiada masalah bagi penggunaan dibawah sinaran matahari kerana kandungan jelas kelihatan pada persekitaran yang terang.

Ciri imbasan cap jari pada paparan juga berfungsi dengan tepat dan pantas untuk menyahkunci skrin paparan.

Sisi paparan juga melengkung membuatkan pegangan selesa walaupun pada jangka masa yang lama. Pengalaman menonton bertambah baik lagi dengan 91.5% nisbah skrin-ke-badan yang mana ia menghidangkan paparan lebih luas.

skrin OPPO Reno3 Pro

Untuk pengetahuan anda juga, skrin paparan OPPO Reno3 Pro menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland. Ini membawa maksud, paparan peranti ini melepasi semua ujian terkini yang mana ia mengurangkan kesan cahaya bagi melindungi pandangan mata.
7. Perelokkan rakaman kamera anda dengan aplikasi SoLoop

Ibarat makanan tanpa garam, boleh dimakan tetapi kurang enak. Begitulah juga rakaman kamera tanpa suntingan. Untuk menyempurnakan lagi hasil seni anda, OPPO menyediakan aplikasi khusus dipanggil sebagai SoLoop.

https://www.youtube.com/watch?v=cbFIuF3aSmo

 

Boleh menjimatkan masa suntingan, SoLoop berkebolehan mengesan video yang tersimpan didalam galeri telefon pintar secara automatik. Seterusnya, ia akan mengesyorkan tema suntingan yang bersesuaian dengan klip video anda. Bukan sahaja mudah digunakan, anda boleh menjadi lebih kreatif untuk berkongsi gambar di media sosial.
8. Bateri mampu bertenaga sehingga hari yang kedua

Rata-rata daripada kita mengidamkan peranti yang berkemampuan tahan sepanjang hari. Dibekalkan bateri 4025mAh dan dioptimumkan dengan cip pemprosesan Helio P95, ia boleh menjangkau ke hari kedua berdasarkan penggunaan normal.

Tidak cukup dengan itu, pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0 memastikan isian daya dilakukan dengan pantas. Sekali lagi bahagian ini turut mendapat pengesahan daripada TÜV Rheinland Safe Fast-charge System. Bermakna apa-apa aktiviti yang dilakukan sambil mengecas dikatakan selamat.

Bateri OPPO Reno3 Pro

Berapa lama masa mengecas? dari 0% hingga ke 100% hanya mengambil masa kurang 1 jam. Untuk lebih spesifik, 56 minit sahaja tempoh yang diperlukan untuk mengisi bateri berkapasiti 4025mAh itu.

Lain-lain ciri yang anda perlu tahu mengenai OPPO Reno3 adalah konfigurasi memori RAM 8GB yang berpasangan dengan storan 256GB, dwi kamera hadapan gabungan lensa 44MP+8MP serta ciri HyperBoost 3.0.

Mahukan gambar cantik tidak kira siang atau malam?

Muak dengan video yang bergegar?

Anda mahukan kenikmatan ketika menonton video atau melayan Netflix?

Hendak jadi lebih kreatif ketika berkongsi video di media sosial?

Tidak mahu bergantung kepada powerbank sepanjang masa?

OPPO Reno3 Pro

Sekiranya 8 sebab diatas sudah menjawab persoalan-persoalan ini, OPPO Reno3 sesuai dimiliki oleh anda.Jika berminat, OPPO Reno3 Pro dijual pada harga RM2399 manakala OPPO Reno3 Pro berharga RM1699.
Dimana anda boleh dapatkan siri OPPO Reno3?

Didatangkan dengan dua pilihan warna, Auroral Blue dan Midnight Black, Siri OPPO Reno3 boleh dibeli melalui Kedai Konsep OPPO, dalam talian di OPPO Official Online Store, kedai rasmi OPPO, rakan kedai Rangkaian OPPO dan rakan e-dagang iaitu Lazada dan Shopee.

Reno 3 Pro boleh didapati dari:

https://www.oppo.com.my/products/Reno-3-Pro/164

Reno 3 boleh didapati dari:

https://www.oppo.com.my/products/Reno-3/123

Atau dari rakan e-dagang :

OPPO Official Lazada Store: https://invol.co/clovkc

OPPO Official Shopee Store: https://invol.co/clovkf



Dari 12 Mei hingga 30 Jun 2020, semua pelanggan siri OPPO Reno3 baru akan menerima langganan VIP Dimsum 1 bulan percuma dan promosi ini terbuka untuk semua pelanggan Dimsum baru dan sedia ada di Malaysia.

Untuk menebus langganan, pengguna harus mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi OPPO Saya dari Google Play Store dan daftar sebagai ahli.

  2. Lihat "Penebusan Mata" di bawah menu.

  3. Tebus Dimsum Langganan VIP 1 bulan.

  4. Ikuti panduan bagaimana menerapkan kod promo di Dimsum untuk menikmati akses VIP Dimsum selama 1 bulan.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi, lawati https://www.facebook.com/notes/oppo/reno3-series-x-dimsum-tc/1388887721312032/

.Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia