Rahsia Di Sebalik Prestasi Audio Terbaik Samsung Galaxy Buds

Samsung bukanlah nama asing dalam pasaran peranti terutama sekali telefon pintar dan untuk melengkapkannya, gergasi teknologi dari Korea Selatan itu turut hadir dengan pelbagai aksesori. Antara produk yang hangat mendapat sambutan adalah fon telinga tanpa wayar dikenali sebagai Samsung Galaxy Buds. Ia disediakan dengan sejumlah ciri dan fungsi menarik yang mampu memberi saingan terhadap peranti seumpamanya dengannya dipasaran.



1. Bunyi Yang Dihasilkan AKG.

Galaxy Buds terkini tampil dengan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh AKG buat kali pertama. Ia menghasilkan bunyi yang luar biasa jika dibandingkan dengan Wireless Buds dari Samsung sebelum ini. Ia menghasilkan bunyi yang seimbang dan juga bunyi yang natural dengan dynamic range dan juga ketepatan bunyi yang tiada tandingan.

Dr. Sean Olive, seorang pensyarah kanan Fakulti Penyelidikan Akustik di Harman International. Selama tujuh tahun yang lalu, Dr Olive dan pasukannya telah melakukan penyelidikan yang mendalam ke atas persepsi dan pengukuran kualiti bunyi sesebuah headphone. Menurutnya,

"Bunyi yang baik dicapai apabila headphone menghasilkan muzik secara tepat  tanpa menambah sebarang gangguan atau bunyi yang boleh didengar dan menganggu bunyi asal,".



Dr. Olive menganggap Samsung Galaxy Buds sebagai "perkahwinan sempurna antara sains, kejuruteraan, dan seni," Galaxy Buds diuji dengan Harman Target Curve oleh jurutera akustik di AKG. Ia mencapai prestasi yang sangat mengagumkan di Curve ujian berkenaan, jauh lebih tinggi daripada wireless earbuds yang lain, dan mendapat pujian Dr. Olive. Menurutnya lagi,

"Kualiti bunyi Galaxy Earbuds ini sangat menarik, sukar untuk mengatakan bahawa ia mempunyai personaliti sonik, yang merupakan pujian utama yang boleh saya berikan."

 

2. Codec Berskala

Memperkenalkan Samsung’s proprietary Scalable Codec, ia memastikan pengguna Galaxy Buds menikmati lagu kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Fungsi codec ini untuk menghalang pemotongan audio dengan menukar kadar bit mengikut kekuatan sambungan Bluetooth. Apabila sambungan tanpa wayar lemah, Codec Berskala ini akan secara automatik mengekodkan maklumat audio dengan nisbah mampatan yang lebih tinggi, membolehkan earbuds menerima data tanpa sebarang gangguan.

 



 

3.Mikrofon dwi adaptif

Keupayaan noise cancellation yang terdapat pada Galaxy Buds menghasilkan bunyi melangkaui pengalaman mendengar. Memaparkan Adaptive Dual Microphone, Galaxy Earbuds juga meminimumkan bunyi luaran ketika perbualan telefon berlangsung. Mempunyai Dual Adaptif Mikrofon, ia menggabungkan isyarat daripada mikrofon dalaman dan luaran.



Walaupun penerima luar mengesan audio di kawasan sekitarnya, mikrofon dalaman mengambil getaran bergema di dalam badan. Dengan memproses dan mencampurkan dua sumber, Adaptive Dual Microphone menghasilkan bunyi yang tepat dari suara pengguna. Teknologi Solomon Voice dan Pengurangan Keupayaan Angin meningkatkan lagi keupayaan mikrofon untuk membantu Galaxy Buds menyampaikan suara pengguna dengan jelas.

Diperkenalkan disamping siri Galaxy S10, Samsung Galaxy Buds boleh didapati pada harga RM499 di semua Samsung Store di Malaysia sejak April yang lalu.

Berkaitan