Sudah banyak kali kita mendengar tentang penyalahgunaan logo Halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memasarkan produk mereka.
Oleh hal yang demikian Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah bekerjasama dengan Serunai Commerce Sdn Bhd dalam membangunkan aplikasi telefon pintar dipanggil sebagai Verify Halal.
Verify Halal merupakan aplikasi telefon pintar yang
memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk
proses semakan secara pantas
semak melalui kod bar yang diimbas melalui telefon pintar
Dengan adanya aplikasi ini, salah guna logo halal akan dapat dibendung dengan lebih meluas dan pantas.
Menurut syarikat pembangun aplikasi , Serunai Commerce, Verify Halal sangat mudah digunakan.
Pengguna hanya perlu imbas kod bar yang tertera pada produk, dan aplikasi akan mengesahkan sama ada produk itu halal atapun tidak.
CEO syarika, Amnah Shaari, turut menyatakan, Verify Halal mempunyai pangkalan data untuk lebih dari 6000 produk keluaran syarikat tempatan dan juga 60 badan pensijilan global yang lain.
Bagi syarikat yang ingin disenaraikan didalam aplikasi ini, mereka dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM500.
Buat masa sekarang, Verify Halal hanya ditawarkan kepada pengguna Android sahaja, dan bagi pengguna iOS anda perlu menunggu sedikit masa sahaja lagi.
Muat turun Verify Halal>>Android atau iOS
Berkaitan
- iPhone 12 Mungkin Tiada Pengecas Tetapi Ada Kabel Lebih Tahan Lasak
- Facebook Mahu Kalahkan LinkedIn
- Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11
- Bank Maya Pertama Diramal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Suku Ketiga Tahun Hadapan
- Jepun Mahu Bina Komputer Paling Laju Didunia
- Imej Rasmi Vivo S5 Tampil Dengan Kuad Kamera Belakang
- Alibaba Akan Jual Kereta Menggunakan Mesin Layan Diri
- Cuba Anda Bayangkan iPhone Dijadikan Sebagai Pad Sesentuh Macbook
- Amerika Syarikat Beri Lesen Lanjutan 2 Minggu Kepada Huawei
- Samsung Malaysia Akan Perkenal Siri Galaxy A Pada 5 Januari 2017