Radica Software Tawar 30% Diskaun Bagi Perisian Electra Cloud Electrical CAD

Terbaru, syarikat Radica Software menawarkan diskaun 30% bagi perisian Electra Cloud Electrical CAD bermula 23 Mac sehingga 22 April ini. Tawaran ini sebagai sokongan kepada jurutera yang telah terkesan dengan pandemik Covid-19.

Selain itu, syarikat juga telah melanjutkan tempoh percubaan dari 30 hari ke 60 hari. Tawaran ini juga hanya boleh digunakan bagi pembelian lesen Electra Cloud Standard atau Profesional sahaja.

software

Electra Cloud adalah perisian Electrical CAD yang berasaskan pelayar sepenuhnya dan membolehkan jurutera mencipta, menyunting dan berkongsi lukisan skema elektrik bersama rakan sekerja. Perisian ini bukan sahaja boleh berfungsi di komputer, malah ia turut boleh digunakan melalui telefon pintar.

Perisian ini dikatakan dapat membantu jurutera melengkapkan lukisan skematik dengan lebih cepat berbanding perisian tradisional yang kini terdapat di pasaran. Jika anda memerlukan perisian ini, anda boleh dapatinya terus di Radica Software.

Berkaitan