Quick Charge 5 Diumumkan Dengan Teknologi Bateri Baharu Dan Sokongan Melebihi 100W

Sebelum ini banyak pengeluar dari China mula berlumba-lumba mengeluarkan teknologi pengecasan 3 digit. Hari ini, Qualcomm pun turut serta mengumumkan varian teknologi mereka dengan Quick Charge 5 yang terbaharu.

Ia merupakan satu pengenalan agak penting berikutan sokongan USB-PD pada Quick Charge 5. Secara tidak langsung lebih banyak peranti yang akan menyokongnya bukan sahaja peranti pintar, malah komputer riba, powerbank dan sebagainya.

Quick Charge 5 merupakan teknologi pengganti kepada Quick Charge 4.0/4+ dan membawakan peningkatan dari segi kelajuan pengecasan dan teknologi baharu.

Dengan Quick Charge 5, buat pertama kalinya anda boleh mengecas peranti menggunakan kuasa lebih dari 100W. Menurut Qualcomm, bateri 4,500mAh boleh dicas penuh hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Quick Charge 5

Antara penggunaan teknologi terbaharu boleh dilihat dari segi bagaimana Qualcomm menetapkan bagaimana pengeluar mahu mengaplikasikan teknologi pengecasan mereka.

Yang pertamanya, 2 pek bateri berasingan diperlukan. Dalam industri ia dikenali sebagai bateri 2S yang bermaksud terdapat 2 sel bateri dalam sesuatu alat elektronik. Dengan 2 sel bateri, ia secara tidak langsung kelajuan mengecas lebih pantas kerana ia dicas secara selari.

Qualcomm mendakwa Quick Charge 5 adalah 10 darjah celcius lebih rendah dari Quick Charge 4. Ini adalah penting disebabkan peningkatan haba disebabkan kelajuan mengecas adalah musuh utama bateri.

Snapdragon 865 dan 865+ sudah pun menyokong Quick Charge 5 ini. Selain itu, peranti kelas mercu pada masa hadapan akan turut menyokongnya.

Sumber: Qualcomm