Menurut Qualcomm, Snapdragon 780G yang hadir dengan teknologi 5nm ini dimuatkan dengan modem Snapdragon X53 terbina di dalamnya. Secara tidak langsung, cip ini juga turut menyokong rangkaian 5G yang mempunyai maksimum kelajuan muat turun sehingga 3.3Gbps bagi Sub-6GHz.
Cip ini turut dilengkapi dengan tiga Image Signal Processor (ISP) melalui Spectra 570 terbaru, di mana ia dapat memproses imej daripada tiga kamera secara serentak. Ciri ini membolehkan imej berbeza yang menggunakan lensa utama, ultra-lebar dan zum dirakam serentak. Ia juga menyokong rakaman dengan HDR10+ serta 4K HDR.
Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, Wi-Fi 6E serta teknologi Snapdragon Sound. Belum dapat dipastikan integrasi teras CPU dan GPU yang digunakan untuk cip Snapdragon 780G.
Dalam pada itu, Qualcomm menyatakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 780G dijangka akan dilancarkan suku kedua 2021.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- Xiaomi Mi 10T Dan Mi 10T Pro Dilancarkan - Cip Snapdragon 865, Panel 144Hz Dan Bateri 5000mAh
- realme X50 Pro 5G Dengan Cip Snapdragon 865 Akan Dilancarkan 24 Februari Di MWC 2020
- Samsung Galaxy Z Fold2 Dilancar Secara Rasmi - Paparan Lebih Luas, Dijana Cip Snapdragon 865+
- Laporan: Qualcomm Bukan Lagi Pembekal Cip Terbesar, Kini Dipintas MediaTek
- Cip Snapdragon 875 Dijangka Akan Meningkatkan Harga Peranti Flagship Xiaomi Pada 2021
- Cip Snapdragon 875 Dilapor Akan Menyokong Pengecasan Pantas 100W
- Nothing Phone (2) Sah Dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1
- Xiaomi Mi 11 Akan Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 875
- realme "Race" Dengan Cip Snapdragon 888 Akan Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina
- Moto Razr 40 Ultra Dilancarkan Di China - Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 165Hz