Qualcomm Umum Cip Snapdragon 768G - 15% Lebih Pantas Berbanding 765G

Jika anda perhatikan dalam pasaran peranti pintar, tidak banyak peranti yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Cip ini telah dilancarkan pada Disember 2019 lalu bersama-sama dengan 765 dan juga cip kelas mercu iaitu Snapdragon 865.

Hari ini, Qualcomm membuat kejutan dengan mengumumkan kemaskini cip 765G itu dengan cip yang diberi nama Snapdragon 768G. Ia membawakan peningkatan prestasi sebanyak 15% baik CPU dan juga GPU.

Dan hanya itu sahaja perbezaan cip tersebut dengan Snapdragon 765G sebelum ini. Lain-lain spesifikasi adalah sama seperti penggunaan grafik Adreno 620. 768G juga turut dimuatkan dengan modem Snapdragon X52 terbina di dalamnya.

Secara tidak langsung cip ini juga turut menyokong rangkaian 5G melalui mmWave dan juga sub-6Ghz. Cip ini dikatakan akan membuat debut pada Xiaomi Redmi K30 5G Racing Edition yang mana pelancarannya adalah dijadualkan pada hari ini juga.

Sumber: The Verge

Berkaitan