Qualcomm Tuduh Apple Curi Rahsia Cip Dan Berikan Kepada Intel

Umum telah mengetahui tentang sengketa antara Apple dan Qualcomm sejak Januari 2017 yang lalu. Ibarat hubungan yang tidak menemui jalan penyelesaian, isu baru telah dilaporkan timbul melibatkan gergasi perkomputeran terbabit.

Terbaru, Qualcomm dikatakan telah menuduh Apple memberikan rahsia cip mereka kepada syarikat pesaing iaitu Intel.

Berdasarkan tuntutan mahkamah yang telah dilaporkan dari CNET, Apple telah memberikan maklumat sulit, antaranya adalah kod sumber dan fail log, bertujuan untuk menyelesaikan masalah kelemahan cip yang dipasang pada iPhone.

Pertuduhan yang baru dibuat ini merupakan tuntutan yang berlainan daripada November lalu.

Baca juga - Qualcomm Mahu Dokumen Berkenaan Modem Intel Yang Dipasang Pada iPhone 2018

Sumber: CNET