Sekitar April yang lalu, terdapat laporan menyatakan Samsung akan menerima tempahan untuk penghasilan Snapdragon 865. Antara sebabnya adalah proses 7nm extreme ultraviolet (EUV) Samsung dikatakan lebih kompetitif berbanding 7nm dari TSMC.
Namun begitu, perkhabaran terbaru pula menyatakan sebaliknya dimana tempahan Snapdragon 865 mungkin tidak diberikan kepada Samsung. Hal ini kerana cip pemproses Snapdragon sedia mendahului Exynos dan untuk kekal dihadapan, TSMC mungkin terus menjadi pilihan Qualcomm.
Dalam pengeluaran besar-besaran cip pemproses, syarikat-syarikat ini perlu berkolaborasi untuk beberapa bulan yang melibatkan harta intelek dan seumpama dengannya. Qualcomm mungkin tidak mahu mendedahkan "resepi" mereka seperti lukisan rekaan yang mana ia boleh digunakan Samsung dalam meningkatkan cip Exynos mereka.
Kita juga sedia mendengar mengenai penggunaan cip Snapdragon bakal digunakan pada peranti Samsung dengan lebih meluas lagi. Sebelum ini, peranti flagship Samsung yang dikuasakan oleh cip Snapdragon hanya terhad dijual pada pasaran Amerika Syarikat, China dan Jepun. Namun atas alasan Snapdragon 865 mempunyai prestasi lebih baik berbanding Exynos 990, ia membayangkan penawaran itu akan dibawa pada pasaran lain.
Selain daripada itu, berita tentang penghentian cip teras kustom "mongoose" dengan lebih memberi fokus kepada GPU.
Walaupunbegitu, pengeluaran cip pertengahan seperti Snapdragon 765 dan 765G dikatakan akan dikeluarkan oleh Samsung. Dengan dua cip ini, ia mungkin memberi sedikit sinar pada Samsung kerana TSMC semakin ke hadapan mendominasi pasaran.
Sumber: Business Korea
Berkaitan
- Samsung Galaxy J8 Dan J6 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM749
- Samsung Galaxy Note 9 "Dibedah", Memperlihatkan Sistem Penyejukan Berbeza Daripada Galaxy Note 8
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Hadir Pada Samsung Galaxy S9 Dan S9+
- Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain
- Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855 Paling Murah Di Dunia
- iPhone 8 Plus Tewas Kepada Samsung Galaxy Note 8 Dalam Ujian Buka Aplikasi
- Google Pixel 4 Dan Google Pixel 4 XL Dilancarkan Dengan Snapdragon 855 Dan Paparan 90Hz
- Razer Phone 2 Terlihat Di Antutu, Menggunakan Cip Snapdragon 845
- Samsung Perkenal Sensor Kamera 64MP ISOCELL Bright GW1
- Samsung Dan LG Tidak Perlahankan Telefon Pintar Model Lama