Qualcomm Snapdragon 712 Dilancarkan, Janji Prestasi Lebih Baik Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Selepas memperkenalkan cip Snapdragon 710 pada tahun lepas, Qualcomm melancarkan pula sistem cip kelas pertengahan terkini Snapdragon 712 baru-baru ini.

Sistem cip baharu ini dikatakan mempunyai kebolehan 10% lebih baik berbanding prestasi yang ada pada cip Snapdragon 710.

Antara sokongan yang dibawakan oleh sistem cip ini ialah pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4+ yang membolehkan peranti dicas sebanyak 50% dalam masa hanya 15 minit.

Kapsyen: Qualcomm


Selain itu, ia menawarkan sokongan Qualcomm Spectra ISP generasi kedua serta sokongan video 4K UHD bagi menghasilkan video dan gambar yang lebih cantik.

Dari segi sokongan sambungan pula, ia hadir dengan modem Qualcomm Snapdragon X15 LTE yang didakwa mampu memberikan kadar muat turun dua kali lebih pantas daripada sambungan LTE Advanced sedia ada.

Setakat ini tiada serang maklumat mengenai peranti pertama yang akan menggunakan cip ini berjaya diperolehi.

 

Sumber: Qualcomm